CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Wednesday 12 December 2012

INSYAALLAH DAN ALHAMDULILLAH :)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

First of all aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih panjangkan umur aku untuk hidup di muka bumi ini. Semua orang boleh berubah kan? Tambah pulak berubahan ke arah kebaikan, lagilah orang lain suka dan yang paling penting Allah lagi suka kan. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga tunaikan harapan aku sendiri yang dah lama aku inginkan walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah aku dapat melawan godaan syaitan dan meneruskan penghijrahan aku dengan sempurna, insyaAllah. Penghijrahan aku bukanlah satu penghijrahan yang besar cuma ia boleh dianggap aku sedang memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, dengan berkat sokongan mama and sahabat yang rapat dengan aku, aku dapat merubah imej walaupun ia tidaklah terlalu ketara sangat. Bukan dari tidak bertudung ke bertudung ya, sebab aku memang dah bertudung tapi kepada yang lebih baik lagi. Insyaallah. InsyaAllah aku akan kekalkan imej aku yang sekarang ni. Maybe ramai yang beranggapan, imej aku sekarang dah okay tapi boleh pulak ada sahabat yang tak bertudung. Yes, mesti ada certain people yang akan fikir macam tu and yes aku masih lagi sedang mencuba sedaya upaya supaya sahabat aku akan terus kekalkan imej bertudung tapi yelah perkara macam ni perlukan masa kan aku yakin korang pun mesti faham dan tolonglah faham. Yes honestly ramai yang pandang serong kepada kami sebab kitorang berkawan, and jadi sahabat tapi sorang bertudung sorang tak. Please faham, aku sendiri pun masih kurang arif tentang cara pemakaian seorang muslimah dan aku sendiri pun sedang cuba memperbaiki diri sendiri. Macam mana kita nak baiki orang lain sedangkan diri sendiri masih belum terurus ? Memang aku nak sangat dia bertudung terus dan aku sedang mencuba mengajak dia ke arah itu. Alhamdulillah, aku tengok dia sekarang pun sedang berjinak-jinak dengan bertudung even masih belum cukup sempurna lagi sebagai seorang muslimah. Yes aku akan terus mencuba untuk bawa dia ke arah muslimah sejati. Hanya Allah s.w.t yang akan membuka pintu hidayah buatnya dan aku hanya mampu mencuba mengajak dan menasihatinya. Guys, tolong doakan aku berjaya untuk mengajak rakan baik aku sendiri berubah ke arah kebaikan ye ? :')









 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 7 December 2012

MUHASABAH DIRI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.



Tak semua orang akan sentiasa berada di atas, sesekali mesti dia akan terjatuh juga kan? Rasanya tak perlulah kita nak bermegah sangat sebab sometimes kuasa Allah kan, dia boleh tunjukkan kat kita in our real life. Bila kita bermegah sangat, Allah s.w.t bagi dugaan kat kita, dugaan yang menjatuhkan kita ke tempat yang paling bawah sekali, mungkin masa tu baru kita akan ingat balik apa yang kita dah buat dan insaf. Bila dengar lagu Farid Sanullah - Don't Forget Allah , insaf sebentar sebab kita ni manusia biasa dan sometimes kita lupa Allah dan buat perkara yang sangat dilarang oleh-Nya. Sometimes, kita lupa cara nak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita. Jangan pernah sesekali kita memandang rendah dengan orang yang berada di bawah kita sebab dia pun manusia macam kita juga kan? Even, dia tu jauh lebih miskin dari kita, tak perlulah sampai nak hina and cakap perkara yang buruk kat dia kan. Sekaya manapun kita, kita harus ingat bahawa kita di sisi Allah s.w.t adalah sama rata. Takde yang kaya tu, ditinggikan darjatnya or whatever so. Sama je so kenapa mesti rasa megah, sombong bila dah berharta sikit?
 Whatever it is, even kita berada di atas, dah senang nanti, please don't forget Allah s.w.t. Pencipta kita. Tuhan kita. Sebab walau tingginya kita berada di atas, kita harus tahu bahawa yang paling tinggi itu ialah Allah s.w.t bukan kita.




" Therefore remember me (Allah), I will remember you. And be thankful to me (Allah), and do not be ungrateful to me (Allah)"
Al-Baqarah [152]


Cuba kita muhasabah diri balik, adakah amalan kita menjaminkan kita dapat masuk syurga nanti? For myself too, sometimes kita kena jugak muhasabah diri sebab bila kita tak buat macam tu kita still tak sedar apakah yang kita buat semua tu betul ke tak? Diterima tak di sisi Allah kan? Yes, aku bukanlah seorang yang pandai sangat pasal agama ni untuk advice korang pasal perkara yang agak complicated ni kan tapi sebagai saudara sesama Islam, tak salah kalau kita nak share something yang baik dengan saudara kita yang lain, right? Pengetahuan tentang agama Islam kita yang sangat indah ni tersangat-sangatlah luas so sampai ke sudah pun kita takkan habis mempelajarinya. Ramai yang selalu salah anggap bagi someone yang tiba-tiba dia share something about Islam, and said that dia tu macam nak cari publisiti je kan create cerita pasal tu pulak. Please, jangan terlalu fikir negatif sangat terhadap perbuatan seseorang tu. Sepatutnya kita bersyukur sebab makin ramai saudara Islam kita dah pandai mendalami Islam melalui cara sebegitu. Sebagai contoh, dulu dia selalu update perkara-perkara yang tak disenangi oleh pembaca but now dia dah berubah sedikit demi sedikit and share perkara yang baik-baik. Bukankah itu satu perubahan yang baik? Kalau pun dia saja je share about it sekadar nak cari publisiti ke apa ke, bukan kita juga yang ada hak nak judge dia macam-macam. Hanya dia dan Allah yang tahu apa niat sebenarnya. So, stop judge people kalau kau tak tahu apa niat seseorang tu melakukan sesuatu. Aku sentiasa doakan semoga kita semua dapat ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman di sisi pencipta kita, Allah s.w.t. Amin :')







Sayonara :)











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Wednesday 5 December 2012

CARA BANGKITKAN SEMANGAT DIET KEMBALI !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Sedap kan? Ehehehe

Mesti korang semua ternanti-nanti bilalah aku nak update post lagi kan? Haha, k aku perasan. Tetiba je mood nak berblogging muncul pulak pagi-pagi ni. Lepas subuh je terus rasa fresh then terfikir pulak nak update post baru. Sebenarnya nak update pasal trip last week tapi memandangkan gambar-gambar yg aku nak letakkan dalam blog semua ada dalam kamera kawan-kawan aku, so cancel kejap ye. Harini aku nak share lagi tips-tips yang aku baca dalam majalah yang errrrr maybe aku boleh share dengan korang. Check this out bebeh :D

Alright, sekarang ni kan musim cuti sekolah and of course KEBANYAKANNYA duduk je kat rumah without doing anything right? Okay maksud aku, tak buat apa-apa kerja yg mengeluarkan peluh yang banyak and sepanjang cuti sekolahlah adalah masa yang paling sesuai untuk mengumpul lemak. You know what I mean right? Yelah, kalau asyik makan, online, tidur and itu rutin harian time cuti, memang kumpul lemak sungguhlah kan. Maybe ada yang dah diet tapi nampak macam tak menjadi je kan. Maybe there's something wrong dalam perjalanan diet korang. Maybe.... Okay, now aku nak share cara untuk bangkitkan semula semangat diet korang yang makin lama makin kurang je. Ehehe.


#1. Jangan halang keenakan makanan please !
Well, pantang je kan kalau tengok makanan yang sweet-sweet ni macam aiskrim, coklat atau kek mulalah kan kita nak sumbatkan dalam mulut. Kalau setiap hari, setiap jam kita nak makan yang tu je macam mana nak kurus kan? Memang boleh nak makan semua tu, boleh sangat tapi janganlah sampai lebih-lebih. Kang kalau berat naik, korang pulak yang meroyan nanti bukan aku. Lagi bagus kalau sekadar menjamahnya saja. Remember ! jangan nak over sangat bila pantang terhadap suatu makanan tu. Berpada-padalah ye.


#2. Minuman panas
Kebanyakan yang amalkan makanan seimbang of course laa dalam fikiran diorang akan focus dalam pengambilan makanan berkhasiat macam salad ke, buah-buahan ke kan. Actually itu bukannya focus dekat makanan sihat sangat pun tapi sebaliknya asyik bayang makanan yang sedap-sedap je. So daripada korang tak habis-habis terbayang makanan yg macam tu better kurangkan sikit rasa lapar tu dengan minum secawan teh herba or maybe secawan coklat panas rendah lemah. Minuman panas ni sebenarnya boleh tahan rasa lapar jugak tau. Seriously ! Sebab aku pun dah pernah cuba. Korang try laa :)


#3. Perasa tambahan
Okay, sebelum aku bahankan tajuk ni, mesti ramai anggap aku bengong sikit kan sebab of course perasa-perasa ni macam tak bagus untuk kesihatan. Okay better kau baca dulu baru kau judge okay. Maksud aku sebenarnya, perisa tambahan ni bukanlah pergi tambah pewarna macam dalam snacks tu atau sebagainya. Okay, kalau asyik-asyik bentuk hidangan yang sama je, dah tentulah korang pun bosan nak makan kan? So, why not sometimes tukar sikit cara masakan dengan tambah apa-apa macam letakkan paprika pada omelette yang korang buat tu. Sebagai contohlah ye. Tapi yang penting, pastikan perasa tambahan tu taklah sampai memudaratkan kesihatan korang pulak ye.


#4. Karbohidrat
Okay ni penting jugak ye ! Sekarang ni ramai yang nak diet pasti tak makan nasi and sebarang karbohidrat pun. Korang tau tak, sebenarnya rendah karbohidrat ni boleh buatkan kita stress tau. Kalau nak diet sekalipun, ambil jugaklah makanan yang kaya dengan karbohidrat tapi jangan lebih-lebih. Actually guys, karbohidrat ni bebaskan serotonin which is sejenis hormon yang buatkan hidup kita rasa lebih tenang dan sihat. 


#5. Jalan kaki
Okay bila dah musim cuti sekolah ni, selalu sangatlah kan kita ambil dessert lepas makan and suka sangat makan snacks kalau boleh setiap masa. Daripada asyik duk kunyah je tak berhenti, why not pergi jalan-jalan pulak even korang nak berjalan keliling rumah saja pun boleh. Dengan jarak tu pu dah boleh bakar banyak kalori dah. Tapi janganlah sekejap sangat berjalannya, ambillah masa 10-15 minit. Then cuba rasa nikmat kesegaran lepas beriadah ringan. Try it :)


#6. Relax your mind with yoga
Amalkan yoga juga boleh tenangkan hati especially time korang stress sebab terpaksa berkorban untuk tak sentuh makanan berlemak time berdiet kan. Kita kan still remaja, so aktiviti harian kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk ceriakan hari-hari kita.



p/s : Alhamdulillah, setakat ni je yang boleh aku share dengan korang. Hope you enjoy it buddy :D









Sayonara ^___________________^

















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Tuesday 20 November 2012

FOODS TO RELIEVE STRESS !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

*Picture takde kena mengena pun sebenarnya, saja je nak letak dalam post ni*


After thinking for 1 hour what should I write for new post, finally i'e got it ! Dapat idea pun sebab baca majalah Yezz ! tadi yang entah bulan berapa punya pun aku tak tahu, main ambil then baca je. And yes, ada satu topic ni yang boleh aku share kat korang even korang dah tahu pun aku nak share jugak ! Tak nak baca sudah ! :P

Okay, nowadays ramai sangat asyik stress kan, entah apa yang dia stress pun aku tak tahu. So, ada banyak cara kan untuk hilangkan stress. Salah satunya senang je, pergi ambil wuduk, then solat. Ada masa sikit baca al-quran, confirm stress kau akan hilang. Besides, people nowadays selalu jugak hilangkan stress dengan makan something kan? So, kalau nak tahu makanan apa yang boleh hilangkan stress ? Check this out ! *don't worry, semua makanan ni healthy okay ;)


COKLAT
Oh semestinya semua orang suka coklat kan kan kan? Jangan nak tipu aku kay kalau kau tak suka coklat. Of course someone who didn't like chocolates just because it will makes you fat right? That's what you think about chocolates right? No laa, actually coklat pun ada kebaikannya untuk kita. Sebab apa? Sebab kandungan anadamine give us kesan positif. Gula yang terkandung dalam coklat ni pulak dapat meningkatkan hormon endorphin yang membuatkan kita happy. TAPI ! Don't eat too much okay :)


AISKRIM
Okay, selain coklat semua suka aiskrim kan. Siapa yang tak suka aiskrim tu, memang rugilah. For your information, aiskrim ni sangat kaya dengan riboflavin, vitamin A, vitamin B12, kalsium, dan jugak protein. It's function is to help korang kawal emosi korang yang tak stabil tu and bagus jugak untuk tulang dan peredaran darah merah.


STRAWBERRI
Strawberri ni sama jugak mcam coklat. It contain vitamin C yang bantu produksikan hormon endorphin sampai buatkan korang rasa lebih bersemangat. Kandungan potassium yang ada dalam strawberri ni dapat atasi stress dengan lebih baik lagi. Plus, warna merahnya pulak boleh mempengaruhi mood korang. Merah itu menawan. Oh i love red. Haha :D


KACANG
Maybe tak ramai sangat kut yang makan kacang bila tengah stress berbanding coklat and aiskrim tadi kan. Okay, kenapa perlu mengambil kekacang bila kita stress? Sebab kandungan vitamin B, protein dan selenium (mineral yang menciptakan mood positif) terdapat dalam kekacang. So, kalau nak hilangkan sedikit stress tu, try laa makan kekacang pulak. Jangan asyik makan coklat dan aiskrim je. Kacang pistachio and gajus sangat sedap. I love it ! *tetiba je*


SUSU
Aku tahu mesti tak semua minum susu kan termasuklah aku. Muehehehe. Susu coklat je yang aku boleh telan pun sebab kalau perisa original, mesti aku muntah balik. Okay, semua memang sedia maklumlah kan susu ni kaya dengan asid amino yang diperlukan oleh otak untuk buat serotonin. Tahu tak serotonin tu apa? Serotonin tu unsur alami yang boleh buatkan korang senang dan tenang. Anti-oksidan, vitamin D dan vitamin B12 yang ada dalam susu dapat bantu korang untuk mengatasi stress. So let's drink milk !


BROKOLI
Sayur hijau ni pulak adalah salah satu sayur yang kaya dengan vitamin B where is that vitamin ni boleh berperang melawan stress. Kajian menunjukkan folat yang terkandung dalam brokoli ni memudahkan korang mengawal temperament. Maklumlah, kalau tengah stress, mesti asyik nak marah-marah je kan. So kalau rasa nak marah je, makanlah brokoli ye. Muehehehe.


PASTA
Last but not least, pasta pun boleh hilangkan sedikit stress korang tau. Sebab pasta ni adalah sumber yang baik untuk karbohidrat kompleks yang dapat bantu korang mengembalikan tenaga yang hilang. Tryptophan dan i-phenylalanine yang terkandung dalam pasta dapat mengawal mengurangi mood kemurungan. Jom makan pasta ! Yumm yumm.


p/s : Okay, setakat tu saja yang boleh aku kongsi dengan korang apa yang aku baca. Hope you enjoy it. XOXO. D. Publish. *tetiba jadi Dian dalam filem Istanbul Aku Datang. Muehehe*









Sayonaraaaa  .___.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 15 November 2012

PRAY FOR GAZA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.


Embedded image permalink

Embedded image permalink


Did you see those pictures? Did you see that? What do you feel right now? Happy? Sad? Or you're crying right now? :'(

Tadi bila online twitter je, timbul satu hashtag yang membuatkan aku insaf dan sedih. #PrayForGaza. Itulah hashtag yang ramai orang trend kan sekarang. Israel bombed Gaza using White Phosphorus bombs. WHO'S THE TERRORIST NOW? Yes, it's hurt to know that we're here, sihat dan aman sejahtera sedangkan mereka di Palestine struggle fighting for survival in fear. Kita di sini mungkin tidak dapat memberi bantuan kepada mereka dalam bentuk peperangan or whatever so tapi satu je yang dapat kita semua lakukan iaitu PRAY FOR THEM. Always praying for them supaya suatu hari nanti penderitaan mereka akan berakhir. Dah banyak sangat nyawa yang terkorban kat sana especially kanak-kanak, wanita dan begitu juga lelaki. What makes me feel sad is they killed children ! Anak-anak kecil yang masih bayi, yang tak berdosa pun mereka bunuh and it's makes me almost cried. Yes, memang kita bersyukur sangat di Malaysia tiada peperangan sebegitu berlaku tapi mampukah kita melihat saudara Islam iaitu saudara kita sendiri sedang berperang mempertahankan Islam sedangkan kita di sini tak lakukan apa-apapun? Just imagine kalau kita sendiri berada dalam keadaan begitu, lari daripada ditembak, peluk mayat orang yang kita sayangi, mungkin masa tu kita akan tahu apa yang diorang rasa sekarang. Hidup mereka sentiasa dalam ketakutan. Ramai kanak-kanak di bom sana sini and tak pernah terlintaskah di fikiran kita bahawa they need us too. We can pray for them even for 1 minute. I'm serious, what's makes me cried is when seeing too much pictures of kids were killed. People are crying. Some men sujud to Allah and praying. Yes, finally airmata jatuh jugak bila tengok diorang semua walaupun hanya dalam gambar. Allahuakbar ! Kita kena ambil iktibar dari apa semua yang berlaku ni and bukan just tengok macam tu je macam orang takde perasaan. Please ambil tahu juga pasal diorang sebab diorang adalah saudara kita juga. Tipulah kan kalau korang baca cerita pasal diorang, korang masih boleh bergurau dan ketawa.

Embedded image permalink
Subhanallah ! See what's going happen then? 

Semoga Allah s.w.t menyelamatkan mereka semua di Gaza. Amin ya rabbal alamin :')

 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 9 November 2012

SURAT UNTUK SAHABAT


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Ayu tak? Ayu kan kan kan . Muehehe


Dear sahabats *disebabkan sahabat aku ada 3 orang so ditambahkan 's' dibelakang*,

    First of all, aku nak berterima kasih bebanyak sebab sudi terima aku as your bestfriend. Actually aku nak cakap face-to-face je tapi memandangkan idea banyak nak cakap dengan korang, haruslah aku tulis surat je kan, nanti takde ah korang bosan tahap dewa bila dengar aku merepek meraban nanti kan.

    Sahabat, memang kita semua tahu kan bukan senang kita nak bina ikatan persahabatan yang sentiasa kukuh. Walaupun sekukuh manapun, mesti ada goyah juga sekali-sekala kan and yes aku dah alami pun. Kenal dengan korang, bergurau dengan korang satu kebahagiaan yang berbeza kalau kita dengan orang lain kan sebab bila kita dengan sahabat ni, apapun semua rasa happy je. And yang paling aku nak elakkan ialah daripada menyakiti hati korang dalam diam. Yes, aku tahu sikap aku ni kadang-kadang buat korang menyampah ke apa kan. Manalah tahu, even kita sahabat tapi kita still ada perasaan kan, so normal ah kalau korang ada rasa tak selesa dengan aku ke apa.

    Sahabat, ingat tak kita jadi best friend at the first time? Rasa macam tak percaya je kita boleh jadi sahabat yang sangat rapat walaupun baru setahun je kan. Padahal, kita dah sekelas lebih kurang 3 tahun tapi bila dah jadi sahabat betul-betul baru setahun. Kita jadi sahabat pun bukannya kita declare pun kan, and it's happen naturally. When we first talked to each other, I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing and yes, tup-tup eh kita ni BFF rupanya. Rindu sangat memori kita sekali bila duduk sekelas, semeja tahun lepas. Tahun ni, dah terpisah sebentar sebab seorang nak lain kelas, sorang lagi dah pindah sekolah. Yang still dengan aku just Yus je tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab masih ada sahabat yang sekelas dengan aku. Alahai, rindunya nak gathering dengan korang lagi.

    Bila dah terpisah macam ni, memang agak susah la kan kita nak berjumpa sekali balik and sometime I wonder "eh aku ni ada BFF ke tak?" . Tapi aku tak pernah lupakan korang okay. Apa yang aku buat pun, mesti teringat je kat korang. Kut korang je kut tak ingat aku *sad face*. Tapi aku yakin korang jauh macam mana pun mesti ingat aku kan. *Think positive*

    So my dear sahabats, Erni, Farah dan Yus, kalau korang baca surat ni aku nak cakap bahawa aku bersyukur sebab korang jadi sahabat aku yang boleh share suka-duka and everything selain family aku kan. Ada apa-apa masalah je mesti aku cari korang je kan and thank you sangat wey sebab mau dengar masalah atau good news dari aku and always backup aku. Thanks once again for being such good friends and being here with me through it all. Sayang giler kat korang. *muah sikit :D




Sahabatmu yang comel. Muehehe,







Sayonara .___.










Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 2 November 2012

HELLO NOVEMBER !


السلام عليكم و رحمة الله و بركات




It's new month right now ! Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November kan? Rasa macam baru minggu lepas je start first day persekolahan as a form 4 student, but now tanpa kita sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. And yes, this month is always makes me feel scared. You know why ?! This month is my final exam's month. Kebanyakan sekolah lain dah habis pun exam, tapi sekolah aku final exam habis hari Jumaat nanti which mean, last day sekolah jawab exam then terus cuti sekolah. TAPI ! Aku takkan cuti sangat pun sebab cikgu dah kasi warning bahawa first week cuti sekolah ada tusyen pulak. Memanglah terkadang tu agak bengang kan, sebab orang lain cuti, kitorang tak tapi bila difikirkan balik, okay what buat macam tu kan. Daripada buang masa dengan lepak je kat rumah without doing anything, baik pergi tusyen. Dapat jumpa kengkawan and gossip sekali kan. Okay, tu dah lari dari topic sebenar.

Yes, next week is last week for my final exam and subject that would come out soon are sooooooooo killing me right now ! Biology, chemistry, EST *korang tahu tak EST tu apa sebab ramai je tak tahu apa itu subject EST. EST is English Science and Technology. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila tanya Mr. Google sebab dia lebih arif pasal maklumat ni. HAHA* Bila dengar je pasal exam, semua dah getting nervous kan and termasuklah aku. By the way, SPM also is just around the corner but for me my FINAL EXAM is around my head now.

Insyaallah, i'll do my best to get best result for all my subjects in form 4 especially in pure subjects walaupu aku macam confident je Addmath akan........err....faham kan maksud aku. HAHA. Tapi manalah tahu, kuasa Tuhan, nak kasi aku lulus semuanya, alhamdulillah.







Sayonara ._______________.




Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 20 September 2012

I Really Angry When


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



"Salam sejahtera saya ucapkan...." okay it's enough merepek disitu. Harini aku ada something nak share kat sini but then kalau ada sesiapa yang tak suka, hemmm boleh abaikan saja okay. *wuwu, sopannya aku berbahasa* Kita semua pernah rasa tak puas hati and marah-marah terhadap someone tapi kita tak mempunyai keberanian untuk luahkan kat orang tu. Kan mesti semua pernah alami, kalau tak mengaku jugak, aku hentuk kepala kau kat pokok kelapa sampai kau mengaku. *agak kejam* 
By the way, aku dapat idea pasal ni pun sebab time subjek BI tadi cikgu suruh buat ayat mengenai tajuk entry aku ni. Yelah kalau nak disuruhnya bagitau sebijik-sebijik apa yang membuatkan aku marah, mau habis satu buku tu pasal seorang je kan, so aku sambung di sini pulak. Nak tahu tak? Nak tahu tak? *buat muka duckface* konfem kena lempang 8 kali kali setiap seorang.
So nak tahu apa dan siapa yang menyebabkan aku marah? Check this out bebeh :p

IRAW............... <---- short form untuk I Really Angry When :p


-KAKAK-
Memang aku tak puas hati bila kedua-dua kakak aku yang cantik ni, *eh cantik ke? Haha, mestilah* suka ambil barang-barang aku without permission. Then bila dah guna, barulah nak bagitahu sambil buat muka duckface. Muka memang macam minta kaki saiz 8 tapi memandangkan both of them my siblings, darah daging aku so marah jugak ! Tapi marah manje jelah okay, tak mau gaduh-gaduh ye ! Lagi satu, suka sangat datang duduk kat sebelah aku tambah pula bila time aku online. OMG! Kesabaran tu agak tipis tapi tahan sajalah. Hilang terus idea nak tulis apa-apa di status or nak tweet something bila dia ada di sebelah.

-ABANG-
Haaa, diorang ni yang paling annoying dalam family sebab kerenah diorang, subhanallah! Umur je 20 above, tapi bila dengan aku, macam sebaya je perangai. Suka sangat mengganggu ketenteraman aku. Bila duduk sorang-sorang je mulalah agenda diorang nak kenakan aku. And whats makes me angry *not whats make you beautiful okay. tu lagu One Direction yg semua penyanyinya handsome-handsome gittu* Okay, back to the sentences, whats make me angry when they always trying to disturb me with their stupid jokes bila aku tengah buat homework. Tambah-tambah lagi homework addmath, dah laa tengah serabut nak fikir jawapan dalam suatu soalan tu, time tu jugak diorang nak kacaulah, buat memek mukalah, bukan sekadar duckface, semua face diorang boleh buat and rasa macam nak kasi penampar guna penyapu lidi kat muka sorang-sorang. One more thing, bila time aku busy semua nak minta tolong itu tolong ini. Oh sabar sajalah.

-FRIENDS-
Okay ini paling paling dan paling banyak boleh dikategorikan kemarahan pada seseorang kawan tu. Friends ini merangkap kepada classmates or kawan di facebook atau sebagainya KECUALI best friends. Until now, they never make me angry with their attitude. Apa yang buat aku marah sangat bila berhutang dengan kita then kasi 1001 alasan untuk tak nak bayar hutang. Ada yang cakap, 


"Tak bawak duit la harini. Esok esok. Janji"
 "Wey, harini ada tusyen aku nak simpan duit untuk petang ni"
 "Nanti ada duit aku bayar eh"
"Ala, berapa ringgit je pun, tu pun dah bising. Kecoh la hang ni"

Hai nak bayar duit motor la, nak perbaik tandas kat rumah la, kalau macam tu baik kau derma perbaik tandas sekolah ke, surau ke. Lagi dapat faedah. Hey kawan, takkan hutang sekadar bawah RM10 tak boleh bayar kut? Bukan hutang RM10 000 pun sampai nak kasi alasan macam-macam yang tak masuk akal pun ada. Bukannya anda bukanlah seorang pekerja yang sedang menunggu gaji bulanan kalau bagitau aku nanti bila ada duit then baru boleh bayar and kalau berjanji harus ditepati. Aku paling pantang kalau janji lepas tu lupa macam tu saja. Memang menempah tamparan maut dari aku. So bila berhutang dengan seseorang, silalah membayar balik ye. Jangan sampai aku keluarkan tazkirah semata-mata nak kutip hutang pulak. Insaf kang, berkepuk-kepuk duit kau bagi kat aku nanti sebagai tanda penyesalan. Muehehehehe. 






p/s : Eventhough many people makes us angry, janganlah sampai membenci and berdendam dengan seseorang itu. Once they make us angry, they will make us smile again. Itulah yang dilakukan oleh siblings aku and best friends aku :)




Sayonaa ._____________________.










Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 14 September 2012

INSYAALLAH


السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Semua orang nakkan perubahan dalam diri right? Tak kiralah dalam segi apapun kan. Ada yang nak berubah ke arah kebaikan dan ada yang nak ke arah keburukan tapi of course laa most ke arah kebaikan kan? Begitu jugak aku, entah kenapa sekarang ni aku rasa tenang je bila tengok kakak-kakak yang berpakaian tudung labuh and I mean takdelah labuh sangat kan just naa i don't know how to describe it but they're so pretty. Betullah sangat kan, wanita yang menutup aurat sepenuhnya akan terserlah kecantikannya yang semula jadi itu berbanding yang sebaliknya tapi aku tak nak bahaskan sangat pasal aurat ni, sebab ia suatu topic yang agak sensitif kan. Yes aku pun ada kawan yang tak bertudung and she's my bestfriend. Insyaallah one day mesti akan terbuka hatinya untuk terus bertudung selagi ada yang memberi semangat kepadanya. Okay back to the top, seriously I really love to see people who wears hijab labuh or tudung bawal biasa tapi labuh sedikit dari yang biasa and nak sangat menjadi seperti salah seorang daripada mereka. Memang bila kita nak berubah mesti je akan ada orang yang tak puas hati dengan perubahan kita and at the same time ada yang sukakan perubahan yang kita lakukan. Sometimes kita perlukan juga kata-kata semangat dari family or sahabat untuk kita kekalkan perubahan itu and yang paling penting! Berubahlah dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana untuk mendapat keredaan Allah dan bukan hanya sekadar nak bergaya or to show off to all people. Insyaallah semoga satu hari nanti aku dapat berubah ke arah itu, ke arah yang lebih baik lagi. Amiiiinnnn :')

"Hijab doesn't cover up a girl weakness, but in fact displays her strength commitment and her confidence which is built of love for Allah S.W.T. Hijab is my identity. My choice. My right. My beauty"




Sayonara .________________.








Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 7 September 2012

A STORY


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Hai kawan-kawan sekalian *lambai tangan laju-laju* Yes, memandangkan harini aku takde aktiviti yang best sebab family aku takde kat rumah so takdelah aktiviti untuk buat sesama macam masak ke, bakar rumah ke kan so ngadap jelah blog aku yang semakin hari semakin bosan je aku tengok, haha. And yes, aku rasa kemalasan aku untuk study agaknya dah 90% sebab aku suka study waktu malam je, hew hew hew.
Okay bukan itu yang aku nak cerita tapi ada perkara lain aku nak share kat anda semua *hanya untuk reader blog aku jelah ye* Eh awak awak semua, tadi sambil online facebook aku terjumpa satu article ni and yes memang best tapi agak sedih sikit. Actually aku bukannya jenis yang asyik baca apa saja article yang dipostkan kat facebook tu sebab kebanyakkannya takde faedah pun kan tapi yang ni lain sikit.  Finally jatuh jugak air mata aku bila baca kisah ni. Kalau korang nak tau kisah apa, just scroll sedikit ke bawah and start reading it. *Kisah ni kena dibaca sampai habis okay* Bye bye ;)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

Kisahnya.............................................

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OAS
IS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.



“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.



From the writer of that article -> Assalammualaikum. Alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam... 










Sayonara ^___________^



Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Monday 13 August 2012

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Hai hai hai hai *lambai tangan lelaju. Oh bahagianya harini sebab exam UP 2 dah habis tamat finish THE END ! *tengok kemain semangat je nak bagitau kau exam aku dah habis kan. Okay stop pasal exam apa semua ni sebab aku dah malas nak ingat lagi pasal exam.

Okay, memandangkan birthday birthday bestfriendssss aku, so meh aku nak share sikit pasal diorang. *ditekan bunyi s tu sebab 2 orang. Bukan sesaja okay aku nak letak s++ kat situ. Sebenarnya birthday bestfriends aku tarikh lain-lain tapi takkanlah aku nak buat satu-satu kan, so nak diringkaskan aku buat 2 in 1. Diorang boleh baca ni nanti and perhatian kepada bestriend aku, Erni and Farah, dimohon baca entry ni okay sebab ni pun sebahagian dari hadiah aku untuk korang jugak.haha.



Alright, disebabkan birthday Farah come out dulu, so aku nak wish kat dia first. FARAH ! Haa, ni kau baca sampai habis aku nak membebel kat kau ni. *Eleh bukannya nak bebel apa pun, just nak story morry pasal kau, boleh eh :D*

Okay, walaupun birthday kau esok (14/8/2012), tapi aku gagahkan juga nak wish kau awal-awal sebab aku nak jadi orang pertama yang wish kat kau even bukan face to face lagi. Saja nak kasi surprise kat kau sayang. Walaupun kau terlupa nak wish birthday aku haritu gara-gara kau tertidur awal, and aku sedih and terus turn on lagu patah seribu *kay ni tipu. Aku tak kisah walaupun aku agak sedih sebab kau lupa nak wish kan, and lagi aku suka bila kau hadiahkan aku coklat Cadbury pada keesokan harinya, terus hilang mood aku nak marah kau. haha. 

Okay, back to the main story, aku nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE-16 buat sahabat baikku, FARAH FARZANA BINTI ANUAR. Aku doakan semoga kau dipanjangkan umur and sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat seisi keluarga. Wah, now aku nak kata kau tua pulak sebab time birthday aku kau kata kau dah tua kan, haa it's your turn now, haha ! Farah, thanks sangat sudi jadi sahabat aku even baru setahun kan kita kawan rapat and paling best sekali kau dah macam cikgu aku dah, kalau aku tak faham apa2 sikit mesti aku cari kau kan and yang paling best bila kita pergi tusyen sekali, memang niat nak belajar boleh terus hilang kalau jumpa kau, sebab kerja tau nak gosip je kan. And perkara yang paling kita takkan lupa untuk share mesti pasal novel. Yeah, hobi kita sama which is addicted to novels. Farah, nasib baik kau still sekolah dengan aku, ada jugak bestfriend aku kat sini. Boleh jugak aku buli kau, tampar-tampar kau kan, kalau kau dah pindah sure aku rasa macam nak pindah jugak. Aku bersyukur sangat kau tak jadi pindah, aku tau kau sayang aku sebab tu kau tak pindah sekolah kan *eceh, perasan pulak.




Okay ! Lepas satu wish untuk Farah, now aku nak jadi orang yang pertama juga wish kat my dear bestfriend or aku selalu panggil dia 'baby boo'. Alahai, comel je bunyi, memandangkan kau jadi orang yang pertama wish kat aku haritu, so now nak kasi surprise sikit, tak nak wish via phone, tapi nak wish via blog pulak. Via tweet nanti insyaallah akan datang, bila sampai tarikh birthday kau, tepat 12 malam aku wish. So now Erni, turn kau pulak baca part ni okay, yang kat atas tu tak payah baca pun takpe sebab part tu untuk Farah hanya "untuk dia, hey, untuk dia hey hey" *turn on lagu sleeq-untuk dia*  and now untuk kau pulak, "untuk engkau hey hey" *yeah lagu untuk dia versi aku sendiri*.

Yeah, semangat je nak tulis kat kau ni, so tolong appreciate okay, haha. Selamat Ulang Tahun kelahiran Yang ke-16 my dear baby boo a.k.a my twin, NURUL ERNI NAZIRA BINTI NAZARI. Macam yang diatas jugak, aku doakan semoga kau dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki. Erni, thanks for being my bestfriends until now. Sahabat yang selalu happening je depan aku and sampai ke harini memang aku tak pernah tengok kau bersedih, buat muka muram, ada masalah and lain2. Bagus ! Aku nak kau sentiasa happy je di sisi aku and kalau ada masalah pasal apapun, kau share dengan aku and Farah, insyaallah aku akan cuba untuk tolong kau. Kita twin kan ? So, walaupun kau duduk jauh dari kitorang, tapi bukannya duk oversea pun kan, Kelantan saja pun adoyai *cakap dah versi papa Johan dah* so tak payah kasi alasan kenapa kau tak nak share masalah kau dengan kitorang. Aku cakap camni sebab aku risau, kat sana takde aku atau Farah yang selalu di sisi kau macam tahun lepas. Now dah berbeza, kau jauh sangat, nak jumpa pun kena tunggu kau cuti sekolah and balik Penang je kita boleh gathering. That's why aku tak nak kau rahsiakan apa-apa dari kitorang, aku harap kau faham okay :')


p/s : Farah and Erni, satu je aku minta dengan korang, please stay with me forever as a bestfriend and also as siblings. 

--> FRIENDSHIP IS ONE SOUL IN TWO BODIES *kalau kita tiga la eh :D

" Everyone needs someone who they can sit and cry to, tell them how really feel and they will always listen even if it's a small problem. That person who will stick by you even when you're wrong, that person can tell when you're upset and that person hugs mean so much and that person is you, my dear bestfriends ;') "















Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^