CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Wednesday 12 December 2012

INSYAALLAH DAN ALHAMDULILLAH :)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

First of all aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih panjangkan umur aku untuk hidup di muka bumi ini. Semua orang boleh berubah kan? Tambah pulak berubahan ke arah kebaikan, lagilah orang lain suka dan yang paling penting Allah lagi suka kan. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga tunaikan harapan aku sendiri yang dah lama aku inginkan walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah aku dapat melawan godaan syaitan dan meneruskan penghijrahan aku dengan sempurna, insyaAllah. Penghijrahan aku bukanlah satu penghijrahan yang besar cuma ia boleh dianggap aku sedang memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, dengan berkat sokongan mama and sahabat yang rapat dengan aku, aku dapat merubah imej walaupun ia tidaklah terlalu ketara sangat. Bukan dari tidak bertudung ke bertudung ya, sebab aku memang dah bertudung tapi kepada yang lebih baik lagi. Insyaallah. InsyaAllah aku akan kekalkan imej aku yang sekarang ni. Maybe ramai yang beranggapan, imej aku sekarang dah okay tapi boleh pulak ada sahabat yang tak bertudung. Yes, mesti ada certain people yang akan fikir macam tu and yes aku masih lagi sedang mencuba sedaya upaya supaya sahabat aku akan terus kekalkan imej bertudung tapi yelah perkara macam ni perlukan masa kan aku yakin korang pun mesti faham dan tolonglah faham. Yes honestly ramai yang pandang serong kepada kami sebab kitorang berkawan, and jadi sahabat tapi sorang bertudung sorang tak. Please faham, aku sendiri pun masih kurang arif tentang cara pemakaian seorang muslimah dan aku sendiri pun sedang cuba memperbaiki diri sendiri. Macam mana kita nak baiki orang lain sedangkan diri sendiri masih belum terurus ? Memang aku nak sangat dia bertudung terus dan aku sedang mencuba mengajak dia ke arah itu. Alhamdulillah, aku tengok dia sekarang pun sedang berjinak-jinak dengan bertudung even masih belum cukup sempurna lagi sebagai seorang muslimah. Yes aku akan terus mencuba untuk bawa dia ke arah muslimah sejati. Hanya Allah s.w.t yang akan membuka pintu hidayah buatnya dan aku hanya mampu mencuba mengajak dan menasihatinya. Guys, tolong doakan aku berjaya untuk mengajak rakan baik aku sendiri berubah ke arah kebaikan ye ? :')









 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 7 December 2012

MUHASABAH DIRI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.



Tak semua orang akan sentiasa berada di atas, sesekali mesti dia akan terjatuh juga kan? Rasanya tak perlulah kita nak bermegah sangat sebab sometimes kuasa Allah kan, dia boleh tunjukkan kat kita in our real life. Bila kita bermegah sangat, Allah s.w.t bagi dugaan kat kita, dugaan yang menjatuhkan kita ke tempat yang paling bawah sekali, mungkin masa tu baru kita akan ingat balik apa yang kita dah buat dan insaf. Bila dengar lagu Farid Sanullah - Don't Forget Allah , insaf sebentar sebab kita ni manusia biasa dan sometimes kita lupa Allah dan buat perkara yang sangat dilarang oleh-Nya. Sometimes, kita lupa cara nak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita. Jangan pernah sesekali kita memandang rendah dengan orang yang berada di bawah kita sebab dia pun manusia macam kita juga kan? Even, dia tu jauh lebih miskin dari kita, tak perlulah sampai nak hina and cakap perkara yang buruk kat dia kan. Sekaya manapun kita, kita harus ingat bahawa kita di sisi Allah s.w.t adalah sama rata. Takde yang kaya tu, ditinggikan darjatnya or whatever so. Sama je so kenapa mesti rasa megah, sombong bila dah berharta sikit?
 Whatever it is, even kita berada di atas, dah senang nanti, please don't forget Allah s.w.t. Pencipta kita. Tuhan kita. Sebab walau tingginya kita berada di atas, kita harus tahu bahawa yang paling tinggi itu ialah Allah s.w.t bukan kita.




" Therefore remember me (Allah), I will remember you. And be thankful to me (Allah), and do not be ungrateful to me (Allah)"
Al-Baqarah [152]


Cuba kita muhasabah diri balik, adakah amalan kita menjaminkan kita dapat masuk syurga nanti? For myself too, sometimes kita kena jugak muhasabah diri sebab bila kita tak buat macam tu kita still tak sedar apakah yang kita buat semua tu betul ke tak? Diterima tak di sisi Allah kan? Yes, aku bukanlah seorang yang pandai sangat pasal agama ni untuk advice korang pasal perkara yang agak complicated ni kan tapi sebagai saudara sesama Islam, tak salah kalau kita nak share something yang baik dengan saudara kita yang lain, right? Pengetahuan tentang agama Islam kita yang sangat indah ni tersangat-sangatlah luas so sampai ke sudah pun kita takkan habis mempelajarinya. Ramai yang selalu salah anggap bagi someone yang tiba-tiba dia share something about Islam, and said that dia tu macam nak cari publisiti je kan create cerita pasal tu pulak. Please, jangan terlalu fikir negatif sangat terhadap perbuatan seseorang tu. Sepatutnya kita bersyukur sebab makin ramai saudara Islam kita dah pandai mendalami Islam melalui cara sebegitu. Sebagai contoh, dulu dia selalu update perkara-perkara yang tak disenangi oleh pembaca but now dia dah berubah sedikit demi sedikit and share perkara yang baik-baik. Bukankah itu satu perubahan yang baik? Kalau pun dia saja je share about it sekadar nak cari publisiti ke apa ke, bukan kita juga yang ada hak nak judge dia macam-macam. Hanya dia dan Allah yang tahu apa niat sebenarnya. So, stop judge people kalau kau tak tahu apa niat seseorang tu melakukan sesuatu. Aku sentiasa doakan semoga kita semua dapat ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman di sisi pencipta kita, Allah s.w.t. Amin :')







Sayonara :)











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Wednesday 5 December 2012

CARA BANGKITKAN SEMANGAT DIET KEMBALI !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Sedap kan? Ehehehe

Mesti korang semua ternanti-nanti bilalah aku nak update post lagi kan? Haha, k aku perasan. Tetiba je mood nak berblogging muncul pulak pagi-pagi ni. Lepas subuh je terus rasa fresh then terfikir pulak nak update post baru. Sebenarnya nak update pasal trip last week tapi memandangkan gambar-gambar yg aku nak letakkan dalam blog semua ada dalam kamera kawan-kawan aku, so cancel kejap ye. Harini aku nak share lagi tips-tips yang aku baca dalam majalah yang errrrr maybe aku boleh share dengan korang. Check this out bebeh :D

Alright, sekarang ni kan musim cuti sekolah and of course KEBANYAKANNYA duduk je kat rumah without doing anything right? Okay maksud aku, tak buat apa-apa kerja yg mengeluarkan peluh yang banyak and sepanjang cuti sekolahlah adalah masa yang paling sesuai untuk mengumpul lemak. You know what I mean right? Yelah, kalau asyik makan, online, tidur and itu rutin harian time cuti, memang kumpul lemak sungguhlah kan. Maybe ada yang dah diet tapi nampak macam tak menjadi je kan. Maybe there's something wrong dalam perjalanan diet korang. Maybe.... Okay, now aku nak share cara untuk bangkitkan semula semangat diet korang yang makin lama makin kurang je. Ehehe.


#1. Jangan halang keenakan makanan please !
Well, pantang je kan kalau tengok makanan yang sweet-sweet ni macam aiskrim, coklat atau kek mulalah kan kita nak sumbatkan dalam mulut. Kalau setiap hari, setiap jam kita nak makan yang tu je macam mana nak kurus kan? Memang boleh nak makan semua tu, boleh sangat tapi janganlah sampai lebih-lebih. Kang kalau berat naik, korang pulak yang meroyan nanti bukan aku. Lagi bagus kalau sekadar menjamahnya saja. Remember ! jangan nak over sangat bila pantang terhadap suatu makanan tu. Berpada-padalah ye.


#2. Minuman panas
Kebanyakan yang amalkan makanan seimbang of course laa dalam fikiran diorang akan focus dalam pengambilan makanan berkhasiat macam salad ke, buah-buahan ke kan. Actually itu bukannya focus dekat makanan sihat sangat pun tapi sebaliknya asyik bayang makanan yang sedap-sedap je. So daripada korang tak habis-habis terbayang makanan yg macam tu better kurangkan sikit rasa lapar tu dengan minum secawan teh herba or maybe secawan coklat panas rendah lemah. Minuman panas ni sebenarnya boleh tahan rasa lapar jugak tau. Seriously ! Sebab aku pun dah pernah cuba. Korang try laa :)


#3. Perasa tambahan
Okay, sebelum aku bahankan tajuk ni, mesti ramai anggap aku bengong sikit kan sebab of course perasa-perasa ni macam tak bagus untuk kesihatan. Okay better kau baca dulu baru kau judge okay. Maksud aku sebenarnya, perisa tambahan ni bukanlah pergi tambah pewarna macam dalam snacks tu atau sebagainya. Okay, kalau asyik-asyik bentuk hidangan yang sama je, dah tentulah korang pun bosan nak makan kan? So, why not sometimes tukar sikit cara masakan dengan tambah apa-apa macam letakkan paprika pada omelette yang korang buat tu. Sebagai contohlah ye. Tapi yang penting, pastikan perasa tambahan tu taklah sampai memudaratkan kesihatan korang pulak ye.


#4. Karbohidrat
Okay ni penting jugak ye ! Sekarang ni ramai yang nak diet pasti tak makan nasi and sebarang karbohidrat pun. Korang tau tak, sebenarnya rendah karbohidrat ni boleh buatkan kita stress tau. Kalau nak diet sekalipun, ambil jugaklah makanan yang kaya dengan karbohidrat tapi jangan lebih-lebih. Actually guys, karbohidrat ni bebaskan serotonin which is sejenis hormon yang buatkan hidup kita rasa lebih tenang dan sihat. 


#5. Jalan kaki
Okay bila dah musim cuti sekolah ni, selalu sangatlah kan kita ambil dessert lepas makan and suka sangat makan snacks kalau boleh setiap masa. Daripada asyik duk kunyah je tak berhenti, why not pergi jalan-jalan pulak even korang nak berjalan keliling rumah saja pun boleh. Dengan jarak tu pu dah boleh bakar banyak kalori dah. Tapi janganlah sekejap sangat berjalannya, ambillah masa 10-15 minit. Then cuba rasa nikmat kesegaran lepas beriadah ringan. Try it :)


#6. Relax your mind with yoga
Amalkan yoga juga boleh tenangkan hati especially time korang stress sebab terpaksa berkorban untuk tak sentuh makanan berlemak time berdiet kan. Kita kan still remaja, so aktiviti harian kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk ceriakan hari-hari kita.



p/s : Alhamdulillah, setakat ni je yang boleh aku share dengan korang. Hope you enjoy it buddy :D









Sayonara ^___________________^

















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^