CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Thursday 4 September 2014

BICARA HAWA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Jazakumullahu khairan khatira. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di atas muka bumi Allah yg sangat indah ni. Alhamdulillah kerana dlahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah syukur kerana mak dan ayah seorang islam. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Actually memandangkan dah lama kiter tak update entry baru kan so entry kali ni agak panjang sikit sebab kiter nak kongsikan satu kisah yang Ummi cerita tadi dalam Bicara Hawa. Cerita ni benar taw. Ummi tu bukan mak kandung kiter taw. Dia seorang ustazah kat kolej ni dan kami semua panggil dia Ummi. Kisah dia sangat menarik perhatian aku. Sangat best. 

NAK TAW DAK? HEHE. Okay jap nak citer ah ni. Sabaq naa. 

Ada sorang mat saleh ni yg sangat2 mencintai Harley Davidson. Taw kan sapa dia. Ala yang ada motor besaq tu. Okay bukan nak cerita pasal Harley tu tapi pasal mat saleh ni. Hidup dia aman bahagia penuh kasih sayang bersama keluarga dan dia bahagia dgn apa yg dia miliki. Dan dia jugak sangat mencintai Jesus. Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya ada seorang lelaki berpakaian serba putih bertanya kepadanya. 

"Adakah kamu mencintai Jesus?".

 Dia menjawab, "Ya! Aku sangat sangat sangat mencintai Jesus. 

Kemudian dia tersedar. Malam esoknya dia bermimpi lelaki yg sama dan lelaki itu bertanyakan soalan yg sama. 

"Adakah kamu sangat mencintai Jesus?". 

Dia juga menjawab "ya aku mencintai jesus". 

Kemudian dia tersedar dalam keadaan berpeluh terkejut dan tertanya2. Pada malam ketiga dan yg terakhir dia bermimpi lg perkara yg sama. 

Kali ini lelaki itu bertanya dgn penuh bersungguh2.

 "Adakah kamu mencintai jesus?". 

Maka dia jawab "ya !". 

lelaki itu berkata, "jika kau mencintai jesus maka masuklah islam."

Kemudian dia tersedar dlm keadaan terkejut dan tak dapat tidur setelah bermimpi itu. 

Keesokannya dia tergerak hati pergi ke sebuah pusat mcm tempat solat la lebih kurang surau atau masjid aku tak pasti tapi ia di Texas. Kemudian dia pergi waktu maghrib dan imam dan jemaah baru saja selesai solat maghrib. Kemudian dia menghampiri imam di situ. 

Imam bertanya, "mengapa datang ke sini?". 

Dia menjawab, "saya nak masuk islam".

Subhanallah. Maka mengucaplah dia dua kalimah syahadah dan dia telah menjadi seorang islam. Dan setelah azan isyak dia bertanya kepada imam apa yang akan imam lakukan sekarang dan imam jawab kami nak solat isyak. Dia bertanya, "saya nak ikut boleh?". Imam dengan senang hati berkata ikutlah. Then dia pun ikutlah. Rakaat pertama dia rasa kekok. Tak selesa. Rakaat kedua dia rasa selesa skit. Rakaat ketiga dia rasa lagi selesa dan rakaat keempat dia rasa sangat selesa dan sampai ke sujud terakhir dia bersujud sangat lama. Dah habih tahiyyat akhir hingga habih imam baca doa dia masih lagi bersujud. 

TAHUKAH KENAPA DIA MASIH LAGI BERSUJUD KETIKA ITU? 



Ya. Dia meninggal dunia dalam keadaan sujud kepada Allah ! Dan meninggal dalam keadaan dia seorang muslim. Seorang islam ! Lebih kurang dalam lingkungan 48 tahun dia hidup dalam kufur tapi dalam masa lebih kurang 15 minit Allah beri kesempatan kat dia meninggal dalam keadaan dia seorang islam. MasyaAllah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Sungguh Allah sangat mencintai hamba-Nya. Sangat2 mencintai kita semua. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam kerana Allah berkata setiap umat Islam dijamin syurga baginya. Sebab tu bila ada yang murtad, Allah suruh dia balik kepada agamanya. Agama islam. Sebab apa? Sebab Allah sayangkan kita. Allah cintakan kita. Mudah-mudahan kita dapat masuk ke syurganya tanpa dihisab.

Berdoalah, "Ya Allah ! Masukkan kami ke dalam syugamu tanpa hisab !". Minta minta minta kepada Allah. Berdoalah kepada-Nya. 


wallahualam.










 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^