CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Wednesday 5 December 2012

CARA BANGKITKAN SEMANGAT DIET KEMBALI !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Sedap kan? Ehehehe

Mesti korang semua ternanti-nanti bilalah aku nak update post lagi kan? Haha, k aku perasan. Tetiba je mood nak berblogging muncul pulak pagi-pagi ni. Lepas subuh je terus rasa fresh then terfikir pulak nak update post baru. Sebenarnya nak update pasal trip last week tapi memandangkan gambar-gambar yg aku nak letakkan dalam blog semua ada dalam kamera kawan-kawan aku, so cancel kejap ye. Harini aku nak share lagi tips-tips yang aku baca dalam majalah yang errrrr maybe aku boleh share dengan korang. Check this out bebeh :D

Alright, sekarang ni kan musim cuti sekolah and of course KEBANYAKANNYA duduk je kat rumah without doing anything right? Okay maksud aku, tak buat apa-apa kerja yg mengeluarkan peluh yang banyak and sepanjang cuti sekolahlah adalah masa yang paling sesuai untuk mengumpul lemak. You know what I mean right? Yelah, kalau asyik makan, online, tidur and itu rutin harian time cuti, memang kumpul lemak sungguhlah kan. Maybe ada yang dah diet tapi nampak macam tak menjadi je kan. Maybe there's something wrong dalam perjalanan diet korang. Maybe.... Okay, now aku nak share cara untuk bangkitkan semula semangat diet korang yang makin lama makin kurang je. Ehehe.


#1. Jangan halang keenakan makanan please !
Well, pantang je kan kalau tengok makanan yang sweet-sweet ni macam aiskrim, coklat atau kek mulalah kan kita nak sumbatkan dalam mulut. Kalau setiap hari, setiap jam kita nak makan yang tu je macam mana nak kurus kan? Memang boleh nak makan semua tu, boleh sangat tapi janganlah sampai lebih-lebih. Kang kalau berat naik, korang pulak yang meroyan nanti bukan aku. Lagi bagus kalau sekadar menjamahnya saja. Remember ! jangan nak over sangat bila pantang terhadap suatu makanan tu. Berpada-padalah ye.


#2. Minuman panas
Kebanyakan yang amalkan makanan seimbang of course laa dalam fikiran diorang akan focus dalam pengambilan makanan berkhasiat macam salad ke, buah-buahan ke kan. Actually itu bukannya focus dekat makanan sihat sangat pun tapi sebaliknya asyik bayang makanan yang sedap-sedap je. So daripada korang tak habis-habis terbayang makanan yg macam tu better kurangkan sikit rasa lapar tu dengan minum secawan teh herba or maybe secawan coklat panas rendah lemah. Minuman panas ni sebenarnya boleh tahan rasa lapar jugak tau. Seriously ! Sebab aku pun dah pernah cuba. Korang try laa :)


#3. Perasa tambahan
Okay, sebelum aku bahankan tajuk ni, mesti ramai anggap aku bengong sikit kan sebab of course perasa-perasa ni macam tak bagus untuk kesihatan. Okay better kau baca dulu baru kau judge okay. Maksud aku sebenarnya, perisa tambahan ni bukanlah pergi tambah pewarna macam dalam snacks tu atau sebagainya. Okay, kalau asyik-asyik bentuk hidangan yang sama je, dah tentulah korang pun bosan nak makan kan? So, why not sometimes tukar sikit cara masakan dengan tambah apa-apa macam letakkan paprika pada omelette yang korang buat tu. Sebagai contohlah ye. Tapi yang penting, pastikan perasa tambahan tu taklah sampai memudaratkan kesihatan korang pulak ye.


#4. Karbohidrat
Okay ni penting jugak ye ! Sekarang ni ramai yang nak diet pasti tak makan nasi and sebarang karbohidrat pun. Korang tau tak, sebenarnya rendah karbohidrat ni boleh buatkan kita stress tau. Kalau nak diet sekalipun, ambil jugaklah makanan yang kaya dengan karbohidrat tapi jangan lebih-lebih. Actually guys, karbohidrat ni bebaskan serotonin which is sejenis hormon yang buatkan hidup kita rasa lebih tenang dan sihat. 


#5. Jalan kaki
Okay bila dah musim cuti sekolah ni, selalu sangatlah kan kita ambil dessert lepas makan and suka sangat makan snacks kalau boleh setiap masa. Daripada asyik duk kunyah je tak berhenti, why not pergi jalan-jalan pulak even korang nak berjalan keliling rumah saja pun boleh. Dengan jarak tu pu dah boleh bakar banyak kalori dah. Tapi janganlah sekejap sangat berjalannya, ambillah masa 10-15 minit. Then cuba rasa nikmat kesegaran lepas beriadah ringan. Try it :)


#6. Relax your mind with yoga
Amalkan yoga juga boleh tenangkan hati especially time korang stress sebab terpaksa berkorban untuk tak sentuh makanan berlemak time berdiet kan. Kita kan still remaja, so aktiviti harian kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk ceriakan hari-hari kita.



p/s : Alhamdulillah, setakat ni je yang boleh aku share dengan korang. Hope you enjoy it buddy :D









Sayonara ^___________________^

















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^