CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Friday 6 September 2013

HUSNUZON

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

First of all, all praise to Allah S.W.T and the Prophet S.A.W since we are given the opportunity to live on earth. Alhamdulillah. Finally ! Yeah finally I update blog. Excited je lebih sebenarnya tapi idea pun takde lagi nak cerita pasal apalah sebenarnya. 

Nak cerita pasal apa ni? TRIAL? SPM?  Well, i'm SPM candidates now, yes for this year. So what next? SPMMMMM ! Ya Allah, sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Yang aku ni belum ready sepenuhnya lagi nak hadapi SPM tu dan semakin hari semakin ramai bertanya, 

"Eh bila start SPM?"
"Eh, macam mana ? Dah ready keeeerr?" *okay, ni ayat macam perli je okay.
"Boleh ke jawab SPM nanti?"
"Entah-entah jawab merapu je SPM nanti."
"Entah belajar ke tidak dia tu."

Sometimes I think I want to punch that person's face who was talking like that. Nampak macam tak percaya kita boleh buat. Guys,don't judge book by its cover. Mungkin luaran kita tengok dia macam malas ke apa ke, tapi siapa tahu sebenarnya dia bukan macam tu. I knew that I was not a person who always grab books and read, read and read. No I'm not like that. Sometimes rasa malas jugak tapi takkan bila sekali tengok someone act macam tu, dah mula fikir bukan-bukan. Husnuzon please. Try to think positive. Please, don't make people hate you just because of your words. Okay, sebenarnya itu baru muqadimah. Well, dah lama tak update, mahunya letak post panjang berjela kan. Okay I'll make it short. Promise !

Well, just like I said just now, HUSNUZON. It's mean baik sangka kepada orang lain. Memang kadang-kadang ada juga kita berfikiran negatif terhadap seseorang itu kan? Tapi, daripada kita bersangka buruk, it's better if we think positive. Cuba fikir, kalau kita sering berfikiran negatif then kita buruk-burukkan someone tu pulak, dah jadi fitnah nanti. Tambah satu dosa lagi kan. Sebagai contohnya, bila kita tengok orang berdakwah especially in social networks like facebook or twitter, mesti certain people thought that "dia ni betul ke pendakwah? Entah-entah saja nak famous". See? Please don't think like that. Tak semestinya kita tengok penampilannya tak seperti ustaz/ustazah which is you guys said, 'alim', seseorang tu tidak boleh berdakwah. No. Sesiapapun boleh berdakwah asalkan fakta yang dikemukakan tu betullah. Tak semua orang yang pakai casual macam jeans and shirt, tak boleh berdakwah. Well, dah itu penampilannya. Asalkan dia menutup aurat mengikut syarak. It doesn't matter right? So, don't always think negative to people easily. Just find out dulu sebelum berfikiran buruk terhadap orang lain. Husnuzon okay ;)













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 1 August 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Long time not being here ! Dah rindu dengan belog ni dan saja curi-curi masa kejap update blog. Alhamdulillah dah masuk hari ke-23 kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa dan nak raya dah pun. Allahuakbar cepat sungguh masa berlalu, dengan nak hadapi trial lagi lepas raya ni. 

Lama tak kongsi apa-apa perkara kat sini dan sekarang adalah masanya untuk kongsi pasal ramadan. Maklumlah, sekarang bulan ramadan kan so apa salahnya kita berkongsi ilmu yang kita tahu. Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 ramadan yang terakhir dan sedang menanti malam Lailatul Qadar. Yeayyyy ! Cerita pasal Lailatul Qadar, rajin je jari klik website yang menceritakan pasal Lailatul Qadar ni. Meh nak kongsi dengan korang sikit walaupun mungkin semua dah tahu kan apa itu Lalilatul Qadar. 

Sebelum tu, Fatin agak rasa terkilan sebab ada segilintir masyarakat yang tidak ambil peduli pasal ramadan ni dan ada yang tak segan silu menunjukkan bahawa mereka tidak mahu berpuasa. Allahuakbar. Fatin tak nak cakap banyak pasal ni. Semoga orang-orang sebegitu mendapat hidayah daripada Allah SWT. Ingatlah sahabat, sekali kita tidak berpuasa dengan sengaja, selama-lamanya puasa kita tidak diterima walaupun kita berpuasa 2 3 malah 100 tahun sekalipun. MasyaAllah. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama ini diterima Allah. Okay, sebenarnya ada 3 golongan orang yang berpuasa yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali. So what is it?

  •  Awam - Mereka berpuasa tapi hanya menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menahan pandangan, pendengaran, hati, lidah mereka daripada melakukan perkara maksiat. Golongan ni sukar dapat taqwa Allah malah golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga saja.

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ 

Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan,maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya.

 [Hadith shahih riwayat Bukhari]

  • Khawas - puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi golongan ni juga menjaga mata mereka daripada melihat perkara mungkar, menjaga lidah mereka daripada menuturkan perkara-perkara yang haram, menjaga kaki mereka daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat dan menjaga seluruh pancaindera yang lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar. 
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.”  [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]

  • Khassul -  puasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang soleh, para wali dan seumpamanya. Mereka bukan sahaja menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat dan boleh membatalkan puasa tetapi mereka juga menjaga anggota batin daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh menghilangkan pahala puasa. Memanglah golongan ini sukar untuk kita capai tetapi tiada yang mustahil kan?
Alhamdulillah selesai cerita pasal golongan tu, sekarang pasal Lailatul Qadar pula. Kenapa ramai sangat nak memburu malam Lailatul Qadar ni? Apa istimewanya ? Ramai yang mempersoalkan betul tak? Memang semua orang tahu tapi ramaikah yang ingin sekali merebut peluang itu? Ada juga yang membiarkan malam Lalilatul Qadar ini datang dan pergi begitu sahaja. Bayangkan kalau tahun depan kita mungkin tak sempat berburu untuk beribadah, sujud kepada Allah, mohon banyak keampunan dari-Nya, adakah pada masa itu baru kita nak menyesal ?

Istimewanya Lailatul Qadar ialah pada malam inilah Allah SWT menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim dan semua sedia maklum bahawa malam ini merupakan malam yang lebih baik dari 1000 tahun.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

.
‘Malam penuh berkat’ ini ramai para malaikat yang akan turun sebab banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat. Subhanallah. Tidak mahukah kita merebut keberkatan itu? 

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.”


Yang paling penting, pada malam ini dosa yang telah lalu bagi setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar diampunkan oleh Allah SWT. Allahuakbar, marilah kita rebut malam yang penuh barakah ini wahai sahabatku sekalian. 



“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”














      
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Sunday 2 June 2013

SCHOOL HOLIDAY !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Jazakumullahu khairan khatira. Agak lama berdiam diri dari menampilkan diri dalam blog ni kan. Okay ayat sangatlah skema. Cuti sekolah lagi 1 minggu je lagi sebelum kembali ke sekolah semula. Tapi bagi budak espieemm macam aku ni cuti ke tak sama jelah kan.

Okay, cuti sekolah aku tidaklah seindah mana macam korang sebab last week tak banyak habiskan masa dengan family sebab kena pergi kem. Alhamdulillah kem yang dijalankan berjalan dengan lancar and banyak pengalaman dapat kat sana and the best part is, ada pantaiiiii ! The beach is very very beautiful and peaceful. The sound of the ocean makes me calm especially time subuh. Dengar deruan ombak pagi-pagi, serius tenang gila wa habaq kat lu. Haha. Okay ayat agak kasar sikit so abaikan. Ombaknya agak deras okay and sebenarnya kat situ tempat tsunami terjadi last few years tapi alhamdulillah sepanjang kami di sana, kami dilindungi Allah s.w.t sepanjang masa. Alhamdulillah. Seriously walaupun banyak lagi pantai yang cantik berbanding pantai di situ but for me that beach is so awesome ! Permandangan waktu senja, subhanallah cantik sangat.

Balik Pulau, Penang.

 Permandangan di waktu senja. Around 6.55 p.m I think.


 Beautiful ? :)


 Nak jalan agak susah sebab pasirnya agak jerlus. *you can see banyak sangat cop tapak kaki. 


 All of us jalan-jalan di tepi pantai *aku takde dalam gambar ni, so tak payah nak cari. haha*


 *Abaikan tembok yang ada kaca-kaca di atasnya itu.*


Subhanallah :')




That's it what I want to share with you guys. Actually pantai tu berdekatan sangat dengan Kem Bina Negara di Balik Pulau, Penang. So kalau korang nak mengadakan kem, pergilah ke kem tu. Banyak activity yang boleh dilakukan kat sana. Dewan pun ada aircond uolls. Bilik pun selesa *cet, macam promot pulak*. Okay hope you guys enjoy this entry.













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Sunday 24 March 2013

APA ITU 3M ?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kem motivasi Jumaat dan Sabtu yang lepas menemui jalan pengakhirannya. Wah ayat. Banyak info yang aku dapat dalam program tu. Actually that program is more to motivation for us to face on SPM this year. Maaf jika ayat BI aku berterabur. So takda salahnya langsung aku nak share salah satu information yang aku dapat dalam program tu. Actually this info aku dapat faham masa tazkirah maghrib last Friday. 

So, what is 3M actually? Okay nak bagitau la ni. 3M ialah Munasabah. Muhasabah. Muraqabah. Yes I'm sure, absolutely sure you guys mesti dah tahu apa itu munasabah dan muhasabah right? But some of us tak berapa tahu apa itu muraqabah. Never mind. I'll explain later. Let me explain the first M dulu okay.

Munasabah. Ia lebih kepada berfikir secara relevant. Berfikir secara rasional.  Kalau nak buat sesuatu perkara tu kenalah fikir dulu samada ia wajar atau tak. Betul ke apa yang kita buat tu atau sekadar buat je tapi tak tahu betul ke salah. Sometimes kita sering bertindak or doing something tanpa berfikir and then menyesal tak sudah. Am I right? 

Muhasabah. Sebenarnya ia macam refleksi which means that kita renung balik apa yang dah kita lakukan. Kalau tadi munasabah ialah fikir sebelum melakukan sesuatu dan muhasabah pula kita merenung seketika apa yang dah kita buat. Betul ke tak. Ia lebih kurang munasabah la juga. We should always muhasabahkan diri agar kita dapat memperbaiki diri kita sendiri. 

Lastly, M yang dinanti-nantikan. Cewaahhh. Muraqabah. Sebenarnya muraqabah ni maksudnya dekat dengan Allah. Tak kiralah apa yang kita lakukan, di mana kita berada kita perlu mendekatkan diri kita kepada sang pencipta iaitu Allah s.w.t. Yes kita sebagai manusia terkadang leka dengan duniawi sampai kita lupa kepada Allah. MasyaAllah, semoga Dia ampunkan dosa-dosa kita. 

So secara kesimpulannya, bila kita berfikir secara munasabah dan sentiasa bermuhasabah diri, Insyallah sifat muraqabahakan berada dalam diri kita. Beerti kita akan selalu, sentiasa berada dekat di sisi Allah. 



p/s : Semoga apa yang aku share kat korang semua dapat memberi syafaat kepada kita. InsyaAllah.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 14 March 2013

MAAF ?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Apa khabar ukhti dan akhi yang sedang membaca? Jazakumullahu khairan khatira. Agak lama aku tak update post baru kan sebab aku baru habis hadap paper exam minggu ni. Alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna. Blog yang sudah berusang lama ni masih punya tuan cuma tuannya saja menghilangkan diri sebentar. Ceh ayat.

p/s : Entry kali ini berunsur karangan. Tiba-tiba datang mood nak menulis. Harap korang tak bosan membaca ;)

MAAF. SORRY. ASSIF. BIANE.  Semua perkataan tu bawa maksud yang sama. Semua orang memang susah nak ungkapkan kata maaf pada orang yang dia buat salah. Mungkin malu untuk minta maaf. Tapi kenapa? Aku pun tertanya-tanya pada diri sendiri yang terkadang malu untuk meminta maaf sedangkan itu adalah salah aku sendiri. Malu? Ya, terkadang memang aku malu untuk minta maaf walaupun kesalahan yang aku lakukan hanya kecil. Tambah lagi bila buat mak dan ayah marah. Dulu memang aku agak kekok untuk minta maaf. Kekok dan segan dan malu dan sebagainyalah. Yang aku buat hanya minta maaf dalam hati. Siapa yang dengar kata maaf tu kalau tak diungkapkan? Terkadang kita sendiri tak perasan bahawa kita sering mengguris perasaan mak ayah, adik-beradik atau kawan-kawan. Walaupun mungkin bukan secara direct, tapi secara sindiran atau gurauan. Memang kita akan kata "alaa aku gurau ja" "aku melawak ja, hang ni sensitif over sangat la". Ada kan yang kata macam tu? Tapi sebenarnya kata-kata tu tak memujuk diorang tapi makin menyakitkan hati. And yes, aku pun terkadang seperti tu. Tapi makin lama aku makin sedar dan jaga percakapan walaupun dengan kawan-kawan. Bergurau boleh tapi perlu bertempat jugak. Kalau bergurau tu melampau sangat, siapa yang tak marah? Siapa yang tak tersinggung apalagi bergurau mengenai perasaan ataupun fizikal. Tapi dengan hanya satu perkataan yang kita ungkap, mungkin ia akan menyejukkan hati orang tu. MAAF. Tak kisahlah 'maaf' itu diungkap dalam pelbagai cara sekalipun tapi jika betul-betul ikhlas kita menyesal dan minta maaf InsyaAllah pasti orang tu akan maafkan kita. Jangan lupa sentiasa berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk meminta maaf. 

MEMAAFKAN. Satu hal lagi selain minta maaf, kita pun kenalah jadi seorang yang pemaaf. Jangan jadi seorang yang pendendam. Memang perit bila ada yang melukakan hati kita samada melalui perkataan ataupun perbuatan. Aku pun terkadang rasa marah sampai susah nak memaafkan seseorang tu. Tapi bila difikirkan balik, buat apa kita nak berdendam? Buat apa kita tak nak maafkan dia? Biarkan saja orang itu mendapat balasannya oleh Allah. Kita sebagai manusia perlu saling memaafkan. Memang agak susah untuk maafkan tambah lagi bila dia buat sesuatu yang paling kita tak suka. Tapi InsyaAllah, jika kita berdoa, mungkin juga kita akan berlembut hati untuk menjadi seorang yang pemaaf. Ahlan wasahlan.













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 8 February 2013

Ways To Overcome Your Anger

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.



"See my face ! Itew tengah marah ni. Ganas kan muka itew?" 

MARAH. Marah tu adalah sifat mazmumah yang pastinya ada dalam diri setiap manusia termasuk Fatin sendiri. Perasaan marah bukan saja kepada orang lain bahkan kepada diri sendiri juga dan terkadang boleh menimbulkan permusuhan disebabkan marah. Marah itu adalah permainan syaitan dan seharusnya kita dapat mengatasi perasaan marah itu. Rasulullah S.A.W pun menggalakan umatnya supaya jangan cepat marah sebab marah itu tak mendatangkan perkara yang baik kepada diri sendiri dan juga orang lain.

So kalau kita nak hindarkan sifat marah tu, mesti ada caranya kan? So here there's a few ways that I've use to overcome my angry.

 Ubah posisi. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Apabila salah seorang di antara salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya".[Riwayat Muslim]

 Mengambil wuduk, Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api dan apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." [Abu Daud]

 Diamkan diri bila sedang marah. Bila marah menguasai diri, mulalah kita nak salahkan orang lain, buat kerja semua tak kena kan? Jadi lebih baik berdiam diri dan ambil masa untuk tenangkan diri semula agar dapat stabilkan emosi.

 Positive thinking. Belajar untuk berfikiran positif. Bila dalam keadaan marah, semuanya akan menjadi negatif. So, berfikiran positif dapat meredakan sedikit rasa marah tu. InsyaAllah.


p/s : Alhamdulillah, that's all I can share for you guys. Hope you'll accept it :)









 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 24 January 2013

12 RABIULAWAL 1434

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.



Alhamdulillah once again I've given opportunity to create new entry again. Alhamdulillah juga kita masih bernafas sehingga ke harini. Syukur Ya Allah. Baiklah, harini 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434. And yes korang semua tahu apa erti yang tersirat di sebalik tarikh itu kan? 12 Rabiulawal 1434. Telah lahirnya putera yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Nabi yang kita sanjung tinggi. Nabi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keatas umatnya malah ketika sebelum baginda wafat juga baginda masih sempat menyebut "ummati" "ummati" "ummati". MasyaAllah, begitu baginda sangat mengasihi kita dan adakah kita juga mengasihinya sebagaimana dia mengasihi kita? 

Masih belum terlambat Fatin nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat yang sedang baca entry ini. Sempena hari kelahiran baginda, jom kita memperbanyakkan lagi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tak susah pun kan nak selawat, bukannya panjang sangat pun dan mudahnya kita mendapat pahala dengan hanya berselawat.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang berselawat kepadaku, Allah akan meturunkan 10 rahmat kepadanya."

MasyaAllah, betapa mudahnya kita mendapat rahmat daripada Allah kan? Tipulah kalau kita tak nak rahmat yang diturunkan dari Allah S.W.T. Jadi, marilah kita berselawat ke atas baginda. Mudah-mudahan kita diturunkan rahmat yang melimpah-ruah dan sentiasa diberkati Allah dan Rasul. Aamiin.







 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Saturday 19 January 2013

RANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih memberiku kesempatan untuk jari-jariku ini berdansa di atas keyboard. Okay tahu la ayat tu agak poyo. 

Mesti kita akan rasa sedih dan bengang dan marah bila rancangan asal tak menjadi kan ? Same goes to me actually. Tipulah kalau kita tak rasa apa-apa bila satu rancangan yang kita rancang dah lama tiba-tiba musnah macam tu je. Sebenarnya, mula-mula tu memang rasa macam nak marah dan mulalah nak salahkan orang lain sebab masa tu syaitan sedang menguasai diri kita bila kita sedang marah. That's why we should istighfar istighar and istighfar bila sedang marah. Bila kita istighfar, syaitan dah menepuk dahi sebab dia gagal nak hasut kita supaya buat perkara yang bukan-bukan. Janganlah risau jika apa yang kita rancang tak menjadi sebab Allah sedang rancang sesuatu yang lagi baik untuk kita. Cuma kita je tak tahu bila rancanganNya itu memberi impak kepada kita. 

"Percayalah, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang."

Fatin bukanlah seorang pendakwah yang mempunyai banyak ilmu itu didakwahkan. Fatin share info macam ni pun berdasarkan pengalaman Fatin sendiri, cara Fatin untuk muhasabah diri. Jika ada sedikit salah silap dalam 'dakwah kecil' Fatin ni, mohon tegur dan perbetulkannya dengan cara yang baik. InsyaAllah, banyak pahalanya kan kalau kita saling membantu orang yang ingin melakukan kebaikan.













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^