CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Monday 14 December 2015

I MISS THE OLD YOU...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

It's been along day without updating this blog ~~ Okay. Again. I've failed to start this entry with proper words. I already said right that I failed to write the introduction so yah. Forget it. *lari laju-laju cari makanan*

Hai I'm back ! With stomach fulled with bihun tomyam and I'm ready to start share something with you guys yayyyy !

credit : google

Aku tarik nafas dalam-dalam untuk taip ayat-ayat yang mampu membuatkan air mata aku mengalir dengan sendirinya sebab terlalu sebak bila fikirkan hal itu. Izinkan aku buat ayat puitis sikit walaupun hakikatnya tak menjadi.

I miss the old you.
Aku rindu engkau menasihatiku sebelum engkau pergi ke masijd.
Aku rindu engkau imamkan solat jemaah bersama-sama.
Aku rindu engkau mengajar aku membaca al-quran.
Aku rindu engkau menegurku jika aku lewatkan solat.
Aku rindu engkau mengucup dahiku sebelum engkau keluar ke mana-mana.
Aku rindu engkau mengajak aku makan bersama.
Aku rindu engkau cedokkan makanan untukku.
Aku rindu engkau bertegas ingin membasuh bajuku tanpa disuruh atau dipaksa.
Aku rindu engkau membaca al-quran setiap pagi sebelum subuh.
Aku rindu engkau mengejutkan aku bangun setiap pagi.
Aku rindu engkau menyuruhku buatkan teh atau milo panas untukku.
Katamu, "takmau gula atau susu tau"

Kini semua itu tiada lagi.
Engkau tidak lagi melakukan semua yang engkau pernah lakukan dulu.
Kerana kejadian itu.
Engkau seolah-olah seperti orang yang tidak kukenali.
Tapi engkau masih sama di hatiku.
Masih aku cinta.
Engkau manusia ketiga yang paling aku cinta.
Manusia pertama, Muhammad SAW.
Manusia kedua, mak.
Dan manusia ketiga ialah engkau.

Sungguh aku rindu.
Aku rindu dengan sikapmu yang dulu.
Ayah.
I miss the old you.

Ayah masih hidup. Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya lagi. Terima kasih Allah. Berat ujian ni tapi aku yakin Allah takkan uji jika dia tahu aku tak mampu. Dia tahu aku lebih daripada mampu sebab tu Dia uji aku begini. Dia uji keluarga aku dengan ujian ini. First time I knew that ayah jatuh sakit, seolah-olah macam jasad saja di badan. I can't believe it happened dengan sekelip mata sahaja. Dia bukan jatuh sakit macam strok ke apa tapi sakit yang macam...Allah, yang ni la aku tak mampu nak describe to all people who asked me about ayah that what was actually 'sakit' yang ayah hadapi. Ayah takda sakit yang penyakit semua tu.

But one day mak bagitau aku yang ayah terkena gangguan and that thing seolah-olah macam tak bagi ayah aku untuk makan dan minum. Dan end up dengan susut tubuh badan. Allahuakbar. Kau tahu tak apa perasaan bila kau tak tahu apa yang berlaku dan bila balik rumah tengok keadaan ayah sendiri macam tu. Itulah yang aku rasa. Sebenarnya aku rasa akulah orang terakhir dapat tahu perkara ni. Mak cakap mak takmau kerana hal ni mengganggu prestasi aku sebab masa ni aku kat matrik. Dan ditakdirkan masa musim banjir tahun lepas, pengarah matrikulasi benarkan kami balik untuk 5 hari sebab banjir so dalam hati rasa macam tak sedap semua ada. Then bila sampai rumah dalam pukul 3 pagi aku terus tengok ayah. MasyaAllah. Nak menitis air mata aku tengok keadaan dia tapi aku tahan sebab taknak mak aku tengok aku menangis.

Tengahari tu (Jumaat), macam biasa aku lunch dengan family and yes without him :'( . Masa aku tengah makan kat dapur, ayah pi pastu buka peti sejuk. Dia kata dahaga dan dia minumlah air dalam peti sejuk tu. Mak cakap tulah kali pertama dia minum lepas dalam 2 3 minggu tak makan tak minum langsung. Kau bayang sendiri la macam mana susutnya tubuh badan dengan tak makan tak minum LANGSUNG for couple of weeks. Ayah mai kat aku berdiri sebelah aku pastu aku ajak la mai makan then dia cakap nak minum ja so aku layankan jelah. Lepas aku selesai makan aku pujuk dia makan and alhamdulillah tu la kali pertama dia makan. And yes, air mata aku degil jugak nak keluar sampai aku lari ke bilik air pastu nangis puas-puas. Lepas tu baru pi balik kat ayah dan teman dia makan. Tak banyak pun dia makan. Dalam 2 3 sudu ja tapi aku bersyukur dia makan walaupun sikit.

It takes few months untuk sembuhkan ayah. Ramai dah doktor dan ustaz yang abang dan mak aku ikhtiar. Banyak ubat-ubat dan pelbagai cara untuk berubat ayah. Tapi hasilnya? Zero. Takda perubahan. Tapi abang dengan mak tak pernah putus asa. Depa cuba sedaya upaya ikhtiar sembuhkan ayah. Alhamdulillah makin lama makin baik walaupun tak 100% sembuh. Gangguan tu dah takda dah cuma maybe bagi side effect kat ayah. Sikapnya tak sama lagi macam tu. Tapi yang ajaibnya, walaupun dia dalam keadaan begitu, ayah masih boleh solat. Dia ingat semua rukun solat malah bacaan solat dia masih lancar dulu. Itu yang aku kagum. Kuasa Allah jangan kau pertikaikan.

Dan sekarang, ayah dah lalu makan dan makin berselera. Ayah pun makin berisi dah sekarang ehehe. Kalau dulu dia yang selalu ajak aku untuk makan sekali ataupun paksa aku makan sekali dengan dia sebab dia tak suka makan sorang-sorang hahaha. Sekarang aku pulak ajak dia makan. Temankan dia makan macam dulu. Cuma sekarang dah tak selalu bergurau dengan ayah macam dulu. Ayah banyak termenung. Macam nak bersendirian.

Tapi aku masih bersyukur Allah masih panjangkan umur dia. Aku mohon sangat agar dia dipanjangkan umur dan sembuh dan Allah dengar doa aku weh ! :'D Memula tu aku rasa berat sangat dia bagi ujian macam ni kat aku, kat keluarga aku tapi kami berjaya hadapi dugaan ni. Allah duga tanda Dia sayang. Kami belajar redha dengan apa yang berlaku. Ada hikmah Dia uji macam ni. Banyak sangat hikmah aku nampak daripada ujian ni. Mungkin Dia nak tengok sejauh mana anak-anak ayah akan jaga ayah masa ayah sakit. Sejauh mana anak-anak sabar dengan kerenah ayah dan sekarang aku cuba sedaya upaya untuk sabar menjaga ayah walaupun tak sepanjang masa aku bersama dia sebab aku masih sambung belajar. But i'll try my best to be a good girl for you, ayah. I will :')


credit : google











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^