CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Tuesday 3 November 2015

HAI.

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

MID SEM BREAK IS COMING GAISSSS ! Tengah menghitung hari sebenarnya nak balik rumah hahaha. MasyaAllah time flies so fast tapi aku rasa memang dah lama pun aku tak balik rumah hahahaha i miss home so badly. Tapi jangan dilupa, cuti ke tak cuti ke kerja tetap bertimbun. Jangan nak berangan sangat uni life ni relax pastu terlanggar jodoh pastu berputik kisah chenta merpati dua sejoli bagai. Memang tak hokayyyy ! Ni serious talk hahaha walaupun aku masih first year tapi dah bertimbun kerja yang aku kena siapkan. Assignments, lab reports, test, quizes masyaAllah banyak weh.

Tapi itulah student life. Bukan student life namanya kalau kau relax je 24 jam mengadap running man. Then belajar di alam universiti mestilah subject makin susah. Lepas tu sampai satu tahap kau rasa macam ya Allah kenapa susah sangat ni kenapa aku tak boleh catch up langsung untuk satu subject ni. Ada sampai satu tahap aku dah rasa macam nak drop je subject tu tapi alhamdulillah tak hehehehe. Sebab bila aku cakap je nak drop dekat akak aku, dengan semangatnya dia kata JANGAN ! Yelah sebab dah separuh jalan aku belajar pastu yakin ke boleh bawak subject ni sem depan dengan nak hadapnya subject2 lain yang lagi susah? Haaaa amekawww ! Terus aku macam okay aku tak jadilah nak drop tapi dalam masa yang sama aku rasa macam takut sangat takut sangat sangat sangat pointer aku akan teruk kalau aku tak struggle dengan subject ni.

Lepas tu alhamdulillah ada sorang sahabat ni dia punya kata semangat tu masyaAllah superb beb ! She said,

"Hang kena struggle kalau nak teruskan subject ni. You must believe that you can do it and Allah will help you. Yang penting yakin dengan kemampuan sendiri dan jangan mudah mengalah. Takda benda yang senang di dunia ni. Yang penting NIAT BELAJAR BUKAN NAK KEJAR POINTER TAPI NAK CARI REDHA ALLAH."

MasyaAllah. Bila dia kata macam tu terus ada macam something that I can't describe it. Alhamdulillah aku yakin ni salah satu petunjuk Allah nak bagi kat aku untuk aku buat keputusan whether teruskan or drop. Jazakillah sahabat. Uhibbukum fillah.


*entry macam tergantung sikit kan haha but i should end this post cause I've a lot of tasks to do. Till meet again !




Wassalam.












 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^