CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Friday 2 January 2015

KENANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

MasyaAllah dah masuk tahun baru. TAHUN 2015. Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah masih sayangkan diri ini dan diberikan kesempatan untuk terus kekal bernafas hingga ke hari ini. Tahun 2014 sangat mengajar aku erti segala-galanya dan sebenar-benarnya.Tak faham? Meh sini nak explain.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 2014. Ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan ada yang sampai tak tahu nak ungkap macam mana. Kenangan yang pertama agak sedih sikit. Tak dapat pulang ke kampung halaman masa kenduri kahwin putera-putera kesayangan ayahanda dan bonda. Sebabnya masa tu dah start belajar kat kolej matrikulasi. Baru lagi masa tu, baru nak adapt dengan cara pembelajaran kat matrik taht's why mak cakap tak payah baliklah sebab dia risau pelajaran anak dia terabai kalau balik. Okay, turutkan saja. Tapi sempat juga menangis masa call angah pada malam sebelum diorang kahwin. Siapa tak sedih kalau kenduri kahwin for the first time dalam family tengok-tengok sorang ahli keluarga tak cukup. Tapi takpa. Redha saja. Dah lepas dah semua. Alhamdulillah happy family ja diorang semua. Bahagia aku tengok :') . 

Second, tahun 2014 mengajar aku erti kekuasaan Allah. Pelbagai cara Dia duga aku. Alhamdulillah hingga sekarang aku masih mampu menghadapi segala dugaan-Nya sebab aku tahu Dia takkan beri dugaan kepada hamba-Nya di luar kesanggupan hamba-hamba-Nya. Maksudnya kat sini, apa saja dugaan oleh-Nya mesti ada juga jalan penyelesaian, Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Third, tahun 2014 juga mengajar aku erti bersyukur. Selama ni kalau ada buat tak hairan ja malah lagi membazirkan apa yang ada. Tragedi yang sangat dahsyat berlaku pada tahun 2014. Banjir. Banjir besar melanda seluruh negeri Kelantan. Tempat yang selama ni tak pernah-pernah banjir pun banjir. For the first time in life, aku diberi kesempatan merasa sendiri bagaimana kehidupan di sekeliling kawasannya banjir. Dipenuhi air bah. Sesetengah tempat sampai dah tak nampak bumbung rumah dah sebab ditenggelami air. Subhanallah. Kuasa Allah jangan kita pertikaikan. Dia hanya duga kita dengan air ja. Itu pun Allahuakbar sungguh dahsyat. Apatah lagi pada hari kiamat nanti? Dapatkah kita menduga apa yang akan datang seterusnya? Tak. Itu kuasa Allah. Dia saja yang mengetahui. Kita hanya perlu persiapkan diri untuk bertemu dengan-Nya kelak. 

Okay sambung pasal banjir tadi. Jangan ingat kami pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan relax-relax saja. Sebab manusia ni memang tak pernah puas hati. Ada saja yang tidak kena. Itu lumrah. Aku faham. Kami pun terkesan daripada banjir. Alhamdulillah syukur kerana kolej kami selamat daripada banjir sebab duduk di kawasan paling tinggi. Tapi diduga pula dengan ketiadaan bekalan air. Allahuakbar. Jujur cakap susah sangat kalau takda ayaq (longat penang yang membawa maksud air ). Sangat susah. Kau bayang satu je. Macam mana nak buang air besar kalau takda ayaq? Kau selesa? Tipu. Kau takkan selesa. Alhamdulillah sekali lagi, walaupun takda ayaq tapi masih ada sumber air. Sekarang ni memang bergantung pada ayaq bukit. Itulah untuk dibuat basuh baju. Itulah untuk dibuat basuh yang lain-lain. Itulah dibuat untuk mandi. Untuk minum dan ambil wuduk memang guna air mineral la. Alhamdulillah masih ada stok. Meskipun Allah duga dengan kekurangan ni tapi Dia permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah. Sekarang dah lebih kurang seminggu ketiadaan ayaq. Setiap hari balik dari kuliah terus pergi angkut ayaq ke aras 3. Angkut baldi okay. Kau rasa? Penatya, lelahnya, letihnya hanya Allah saja yang tahu. Nak buat macam mana. Kena jugaklah hadapi. 

Walaupun letih sangat-sangat tapi seronok juga sebenarnya. Macam -macam gelagat yang lucu terjadi sepanjang dalam keadaan begini. Ini memang betul-betul mengajar aku erti bersyukur. Erti kerjasama. Erti tolong-menolong. Masa ni la. Kepada sesiapa yang tak pernah hadapi keadaan macam ni, mesti ada juga yang kata, 

"Alah takda air je pun. Boleh je hidup."
"Bajet la dia ni angkut air sampai aras 3 pun merungut."

Dan bla bla bla. Aku malas nak pertikai jenis manusia macam ni. Cuba kau hadapi keadaan ni. Aku jamin dalam sehari pun kau dah tak tahan. Tak sanggup. Tapi inilah yang mengajar kita erti kesyukuran. Serious cakap.

 Adik-beradik pun siap bergurau lagi,

"Lepas ni berketul ah tangan angkut air tiap hari haha."
"Mesti hang sado lepas ni."
"Nanti aku post ayaq bebanyak kat hang hahahahah."

Mereka memberi semangat untuk hadapi dugaan ni. Terima kasih. InsyaAllah walaupun dengan ketiadaaan ayaq ni pembelajaran masih diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah eletrik ada. Sekurang-kurangnya kurang sikit beban. Nampak tak Allah masih sayangkan kita? Dia bukan nak duga teruk-teruk pun. Dia bagi dugaan takda ayaq tapi Dia masih beri kekuatan untuk angkut ayaq tu naik ke bilik. Fikir satu ja. Dugaan yang Allah berikan kepada kita kecil sangat dibandingkan dengan dugaan di negara lain. Negara yang tak pernah cukup dengan bekalan makanan dan sebagainya. Nampak tak Dia sayang ja kita. Kita ni bersyukur tak? Kita sayang Dia tak? Tepuk dada tanya iman.




Stop sini la eh letih nak tulis lagi. Nak turun ambil ayaq lagi. Bye.

Wassalam.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^