CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 8 November 2014

BERSYUKUR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ada sebab kenapa menghilang lama dari blog ni. Eleh menyampah baca, biasalah dah nama pun student mestilah sibuk kan sampai tak sempat update blog haha. 

Alhamdulillah tamat sudah semester 1. MasyaAllah nampak tak masa berlalu tersangatlah pantas kan. Tengok waktu solat kat sini (Kelantan) dah la. Maghrib pukul 6.53. Tak sampai pukul 7 dah. Allahurabbi. Pandai-pandai fikir ye. tepuk dada tanya iman. Harini baru selesai exam MUET. MasyaAllah nak menanti saat ini haritu sangat menyeksakan jiwa haha over kan. Bukan menantikan waktu exam sangat sebenarnya tapi menantikan waktu untuk balik cuti sem menjelang tiba. Walaupun cuti lambat dan orang lain dah habis cuti dah ada yang dah nak daftar sem baru dah dan walaupun hanya cuti 2 minggu SAHAJA tapi alhamdulillah bersyukurlah dapat jugak cuti. Kalau tak cuti langsung baru tahu erti penyesalan sebab tak bersyukur sangat. 

Dah tersebut bersyukur ni, nak cakap sikitlah pasal bersyukur ni. Especially kat adik-adik yang tengah SPM lagi kan kan kan? So hakak nak nasihat ceh bukan nasihat la nak bagitau ni nak habaq ni kat hadik-hadik semua ni bukan untuk hadik-hadik ja untuk kawan-kawan semua la ya. 

Baca ni taw jangan tak baca eh. Okay. Lepas kita jawab satu paper exam tu mesti masa keluar dari dewan peperiksaan mesti kawan kita atau kita sendiri yang cakap,

"Eh aku takleh jawab ah tadi"
"Wey demmmmm apa yang baca tak masuk langsung!"
"Ala susah la paper tadi"
"Eh sia-sia ja aku stay up tapi keluar merapu ja hish"
"Sudah la tak berjaya la aku nanti dapat 4 flat/straight A. Jawab pun merapu"

Dan bla bla bla. Kan ada kan yang kata gitu kan ada kannnn. Jangan nak tipu eh sebab kitorang pun pernah buat macam tu dulu tapi alhamdulillah sekarang dah insaf sikit tak cakap macam tu dah hahaha. Okay jom fikir jap. Kenapa perlu cakap macam tu? Tak bersyukur ke sebab Allah dah tolong kita jawab apa yang kita boleh jawab? Katakanlah untuk soalan subjektif tu ada 8. Takkan satu pun kita tak boleh jawab? Adakah semua soalan tu sangat sangat susah sampai kita hantar sebagaimana kita dapat soalan tu? Kosong? Bersih ja? Takkan langsung tak keluar apa yang selama ni kita study? Ada kan. Boleh ja kita jawab walaupun hanya separuh. Kan kan???

Habis tu? Kenapa kita taknak bersyukur dengan apa yang kita boleh jawab tu? Ingat kita boleh jawab sebab diri kita sendiri saja? Sebab apa? Sebab Dia yang tolong ingatkan kita apa yang study malam sebelum exam tu. Dia yang tolong kita agar dapat jawab soalan tu. Kenapa mesti persoalankan yang tak boleh jawab sedangkan soalan yang kita boleh jawab kita tak bersyukur pun kat Dia. Tak berterima kasih pun kat Dia. 

Yang dikatanya susah, takleh jawab itulah kita nak fikir. Tak yakin ka dengan Allah? Tak percaya ka yang Dia pasti akan tolong kita? Mana tahu rezeki kita, walaupun kita jawab sikit ja dan walaupun jawab semua tapi entah betul entah tidak tetiba kita dapat keputusan daebak (hebat). Haa cemana tu? Taknak bersyukur lagi?

So as a conclusion, jangan la terlalu berprasangka buruk sangat. Kita dah cuba usaha semaksima mungkin. Yang selebihnya kerja Allah. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu ditentukan oleh-Nya 
bukan oleh manusia. So kerja kita dah settle jawab exam tu. So next, tawakal jelah pada-Nya. Mana mungkin jika kita berdoa setiap hari setiap waktu setiap saat mohon kejayaan pada-Nya tapi Dia tak bagi. InsyaAllah confirm dapat. Tetap Dia akan bagi. Cuma cepat atau lambat ja. Ingat! Dia saja yang tahu yang terbaik untuk kita. 



YAKIN DAN PERCAYAKAN ALLAH !




Wassalam.














 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 4 September 2014

BICARA HAWA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Jazakumullahu khairan khatira. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di atas muka bumi Allah yg sangat indah ni. Alhamdulillah kerana dlahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah syukur kerana mak dan ayah seorang islam. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Actually memandangkan dah lama kiter tak update entry baru kan so entry kali ni agak panjang sikit sebab kiter nak kongsikan satu kisah yang Ummi cerita tadi dalam Bicara Hawa. Cerita ni benar taw. Ummi tu bukan mak kandung kiter taw. Dia seorang ustazah kat kolej ni dan kami semua panggil dia Ummi. Kisah dia sangat menarik perhatian aku. Sangat best. 

NAK TAW DAK? HEHE. Okay jap nak citer ah ni. Sabaq naa. 

Ada sorang mat saleh ni yg sangat2 mencintai Harley Davidson. Taw kan sapa dia. Ala yang ada motor besaq tu. Okay bukan nak cerita pasal Harley tu tapi pasal mat saleh ni. Hidup dia aman bahagia penuh kasih sayang bersama keluarga dan dia bahagia dgn apa yg dia miliki. Dan dia jugak sangat mencintai Jesus. Suatu malam dia bermimpi. Dalam mimpinya ada seorang lelaki berpakaian serba putih bertanya kepadanya. 

"Adakah kamu mencintai Jesus?".

 Dia menjawab, "Ya! Aku sangat sangat sangat mencintai Jesus. 

Kemudian dia tersedar. Malam esoknya dia bermimpi lelaki yg sama dan lelaki itu bertanyakan soalan yg sama. 

"Adakah kamu sangat mencintai Jesus?". 

Dia juga menjawab "ya aku mencintai jesus". 

Kemudian dia tersedar dalam keadaan berpeluh terkejut dan tertanya2. Pada malam ketiga dan yg terakhir dia bermimpi lg perkara yg sama. 

Kali ini lelaki itu bertanya dgn penuh bersungguh2.

 "Adakah kamu mencintai jesus?". 

Maka dia jawab "ya !". 

lelaki itu berkata, "jika kau mencintai jesus maka masuklah islam."

Kemudian dia tersedar dlm keadaan terkejut dan tak dapat tidur setelah bermimpi itu. 

Keesokannya dia tergerak hati pergi ke sebuah pusat mcm tempat solat la lebih kurang surau atau masjid aku tak pasti tapi ia di Texas. Kemudian dia pergi waktu maghrib dan imam dan jemaah baru saja selesai solat maghrib. Kemudian dia menghampiri imam di situ. 

Imam bertanya, "mengapa datang ke sini?". 

Dia menjawab, "saya nak masuk islam".

Subhanallah. Maka mengucaplah dia dua kalimah syahadah dan dia telah menjadi seorang islam. Dan setelah azan isyak dia bertanya kepada imam apa yang akan imam lakukan sekarang dan imam jawab kami nak solat isyak. Dia bertanya, "saya nak ikut boleh?". Imam dengan senang hati berkata ikutlah. Then dia pun ikutlah. Rakaat pertama dia rasa kekok. Tak selesa. Rakaat kedua dia rasa selesa skit. Rakaat ketiga dia rasa lagi selesa dan rakaat keempat dia rasa sangat selesa dan sampai ke sujud terakhir dia bersujud sangat lama. Dah habih tahiyyat akhir hingga habih imam baca doa dia masih lagi bersujud. 

TAHUKAH KENAPA DIA MASIH LAGI BERSUJUD KETIKA ITU? 



Ya. Dia meninggal dunia dalam keadaan sujud kepada Allah ! Dan meninggal dalam keadaan dia seorang muslim. Seorang islam ! Lebih kurang dalam lingkungan 48 tahun dia hidup dalam kufur tapi dalam masa lebih kurang 15 minit Allah beri kesempatan kat dia meninggal dalam keadaan dia seorang islam. MasyaAllah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Sungguh Allah sangat mencintai hamba-Nya. Sangat2 mencintai kita semua. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam kerana Allah berkata setiap umat Islam dijamin syurga baginya. Sebab tu bila ada yang murtad, Allah suruh dia balik kepada agamanya. Agama islam. Sebab apa? Sebab Allah sayangkan kita. Allah cintakan kita. Mudah-mudahan kita dapat masuk ke syurganya tanpa dihisab.

Berdoalah, "Ya Allah ! Masukkan kami ke dalam syugamu tanpa hisab !". Minta minta minta kepada Allah. Berdoalah kepada-Nya. 


wallahualam.










 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Thursday 14 August 2014

THANKS UOLSS :')

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah UPS dah selesai ! Tapi rasa macam 50/50 ja bila jawab dalam semua subjek walaupun hanya 5 subjek dan ia adalah sikitttttttt tapi content dia banyak weh. Duk matrik pulak tak sampai setahun pun so fikir sendirilah waktu belajarnya macam mana. Singkat. Yes memang singkat sampai tak sempat nak fikir pasal hal-hal lain. Terkadang ada jugak terasa macam tak confident duduk kat matrikulasi ni tapi alhamdulillah la dapat roommates yang always support to each other. Bagi kata-kata semangat untuk aku teruskan perjuangan kat sini. Well, everyone will feel this same feeling when all your roommates get highest mark than you or know much better than you. Yes you'll feel what I feel. Tapi bila dengan diorang, they show that we all same. Pandai ke terlebih pandai ke tak berapa pandai ka, kesimpulannya kita semua pandai. Semua manusia yang Allah ciptakan bijak-bijak belaka. Kalau ada yang lebih pandai, kita akan tolong mana yang kurang pandai so we're helping each other. Together. Family yang paling banyak kasi sokongan. Thanks mama. Thanks ayah. Thanks abang-abangku. Thanks kakak-kakakku. Mama banyak bagi sokongan dan dorongan walaupun dalam text je. Means mama still ingat aku la. Rindu. Ehehehhe miss you so much mama. Setiap kali nak exam she always text me and said 

"be confident !"
"Mak doakan atin dapat buat semua dengan confident!"
"Allah pasti akan permudahkan. Jangan risau"

Perkataan wajib dalam text mama is CONFIDENT. Haha sampai dah boleh agak next text yang mama akan send nanti, mesti akan ada perkataan tu. Yes it's only the simple one and bila orang baca pun rasa macam takde apa-apa sebab ayat klise orang kata. Well aku peduli apa, hanya dengan ayat "klise" tu la membuatkan aku cuba bersungguh-sungguh dan keyakinan aku jadi tinggi gara-gara ini. Ayah walaupun dia tak tunjukkan support dia depan-depan aku, i know my name always in his Doa. Always. Brothers and sisters also give support but in different ways. Depan-depan macam malu la sangat nak bagi sokongan tapi bila tak bersua muka haa macam2 nasihat ada haha apapun thank youuu !

Insyaallah semoga Allah permudahkan urusanku sepanjang berada kat sini. Semoga aku berjaya beri kejayaan kepada family nanti. Ameenn.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 4 July 2014

BEREHAT SEBENTAR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum semua.



Aku rasa blog ni kalau kena vacuum tak cukup seminggu sebab dah berhabuk bersawang banyak sangat gara-gara writer malas nak update. Bukan malas sebenarnya tapi takda banyak masa nak on laptop nak log in blog nak tulis new update. Malas sebenarnya haha bukan malas taw tapi busy dengan assignments. Haa bajet macam budak U kau semak dengan assignments bagai.

 Eh ingat student matrikulasi relax-relax ke takda kerja. Dah la setahun je pastu nak relax. No it can't be. Well bila berstatus student paham-paham la assignments banyak mana. Nak kena siapkan lab reports lagi kan. Kerja tuuu banyak woi haha sebab tu tak sempat update.

So bila dah ada masa free sikit ni baru aku akan jenguk blog ni and terfikir oh aku ada blog rupanya huhahuha sampai lupa dah. Motif entry ni sebenarnya untuk menyatakan moh ler kita berehat sebentar daripada blogging ni. Insyaallah ada masa aku akan update lagi okay kawan-kawan. Almaklumlah nak create post amik masa kan dan aku pun bukannya blogger tegar pun. Aku hanya gadis yang suka makan ngehngeh.

Masih belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Mari tingkatkan amal ibadah kita pada bulan kebahagian bulan penuh keberkatan ni. Ramadhan datang dan pergi jadi manfaatkan ia sebaik mungkin dan sentiasa anggap ramadhan kali ini  mungkin ramadhan yang terakhir buat kita. Who knows. Only Allah knows it.

Niat takmau tulis panjang2 tapi dan tertulis so biarkan jelah hihi.


Wasalam.















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Saturday 7 June 2014

EVERYTHING CHANGED

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Allahuakhbar Allah Maha Besar. Fuhh lamanya tak update entry baru dan tak patut digelar blogger lagi dah kalau blog pun tak hupdate haha. Sangat busy sekarang ni eh bukan sangat tapi tersangatlah busy. Bila dah lebih kurang 3 bulan makan tidoq ja kat rumah dan sekarang itu semua sudah berakhir dah. Sekarang masa untuk sambung belajaq balik. Segala apa yang belajar time SPM dulu sipi-sipi ja dalam ingatan hahaha. Alhamdulillah so far pembelajaran kat kolej matrikulasi memanglah tak dinafikan tersangatlah cepat ! Memang first day masuk kuliah takleh nak adapt lagi cara PnP dia. Alhamdulillah finally boleh jugak terima dan sekarang dah masuk seminggu dah pun belajar kat sini yeay. Haha eksaited gila kau padahal baru duk sini 2 minggu. 

Alhamdulillah sepanjang ada kat sini Allah berikan kesihatan. Tak pernah migrain langsung walaupun sini lagi panas terik banding kat rumah. Yelah of course sentiasa rindu family tapi takkan sepanjang masa tak duduk kat rumah so kena cuba juga be independent. Bila dah masuk matrikulasi ni semua dah berbeza. Tak sama macam kat sekolah. Dulu pi sekolah parents hantaq sampai depan pintu pagar. Sekarang tidak lagi ye oh no no no hahaha. Kena berjalan sendiri pi dewan kuliah and agak jauh jugak la dari hostel. Ceh padahal taklah jauh beribu batu pun haha over je. Cara PnP sangat sangat sangat berbeza sampai kadang-kadang rasa payah sangat nak catch up sebab cepat sangat. Tapi takpe ! Ini baru permulaan Fatin oii. Banyak lagi yang nak ditempuhi so take it as a challenge. 

Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat roommate yang sama perangai macam aku. Bising. Kecoh. KUAT MAKAN. Kena highlight okay part tu sebab ia tersangatlah penting bagi aku hahaha. Eventhough one of my roomates is non-muslim but she's respect us a muslim. Alhamdulillah. Plus geng praktikum pun gila-gila jugak kira boleh jadi geng la. Tak pasif sangat. Pensyarah kuliah and tutor are really superb ! Sangat sporting dan sangat membantu walaupun time kuliah kadang-kadang tak sempat nak catch up apa yang diorang ajar. Apapun, alhamdulillah sangat Allah permudahkan segala urusan sepanjang berada kat sini. Alhamdulillah. Ada hikmah Allah tempatkan aku di sini. Ada hikmah aku ditempatkan dalam situasi begini. Aku redha and i'll fight for this. InsyaAllah mudah-mudahan boleh berjaya dalam sem 1 dan sem 2 nanti. Ameen.

Aku kalau nak cari tajuk untuk setiap entry sah sah fail so mintak maaflah kalau tajuk takda kena mengena dengan huraian hahaha k bye. 





Nak berjaya sangat sukar tapi nak gagal sangat mudah. So which one you choose? 








 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Monday 12 May 2014

SAMBUNG BELAJAR KAT MANA?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Nak jugak letak gambar ni sebab tertarik sangat dengan kata-katanya.

Alhamdulillah dapat jugak sambung belajar walaupun kat matrikulasi sebab permohonan UPU tak berjaya. Wuwuuu T_T sedihlah sikit tapi takpe ada hikmah semua ni. Allah sedang rancangkan sesuatu yang aku yakin 10000000% itu yang terbaik. Mungkin peluang aku di matrik so I'll take this chance. Okay what? Setahun je beb tapi kena struggle sungguh-sungguhlah. Well semua benda kena struggle la kan. Lepas tu kalau result bagus meletop kebabom, boleh sambung degree awal. Aku tahu rancangan Allah paling terbaik so no need to worry about it okay bebeh. Sekarang ni risau pasai nak sambung belajar kat matrik nanti.

"Boleh ke eh?"
"Nak carry pointer dia bukan senang woooo."
"Setahun je weh, botak kepala la kasi licin hahaha."
"Matrik payah gila weh. Ko yakin ka boleh duk kat matrik tu?"

 K ramai sangat cakap macam tu. Woiiiiii. Oh come on ! Janganlah hancurkan semangat wajaku ini dan juga semangat waja orang lain haha. Please la cakap yang positif sikit. Yes I know apa yang korang cakap itu adalah fakta sefakta-faktanya tapi janganlah cakap macam tu sampai orang yang dengar ni (termasuk aku) jadi lemah semangat hahaha lemah semangat sangat. Yelah matrik ni sebab setahun ja that's why kena pulun sesungguh-sungguhnya. Pointer pun kena mantoppp beb. Kalau tak memang hancus harapan komee semuee (termasuk aku) nak sambung degree nanti. 

Rakan-rakanku sekalian ! Sapa-sapa yang dapat matrik yakni senasib denganku hahaha good luck okay ! Marilah kita sama-sama berjuang berhempas pulas di matrik selama setahun atau bagi yang dua tahun tu dua tahun la eh. Oh ya, sapa-sapa dapat matrikulasi Kelantan, oh yeah kita senasib lagi. Haha. Mudah-mudahan dapat kawan ramai dan geng sebilik yang sempoi. Wah tazabaarrrr nak masuk dewan kuliah. Haha excited sangat. Sapa-sapa yang yang dapat masuk ke tingkatan 6 ka, IPG ka, yang permohonan UPU telah berjaya tu maksudnya korang masuk U la kan, kepada semualah. ALL THE BEST ! GOOD LUCK FOR YOUR FUTURE ! SELAMAT BERJUANG ! BELAJO SUNGGUH-SUNGGUH OKAYYYY ! Fuh semangat sungguh uolss. Mudah-mudahan semangat ni kekal sampai aku habis sambung belajar nanti.

 "Ya Allah Ya Rabb ! Permudahkanlah urusanku ketika sambung belajar nanti. Berikan semangat kepadaku untuk berusaha bersungguh-sungguh di matrikulasi nanti. Semoga aku berjaya melakukannya hingga dapat sambung degree hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ameen."















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Tuesday 25 March 2014

Kenapa eh orang selalu cakap...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Eh eleh entah berapa lama dia berubah jadi baik macam tu"
"Alah kau tu sekejap je pakai tudung labuh ni, nanti singkat balik"
"Amboi sejak bila alim pakai stoking bagai ni"
"Eleh nak jadi ustazah pulak pakai labuh-labuh. Meluat aku tengok"
"Alah takyah alim sangatlah pakai handsock stoking bagai"
"Ni apahal tetiba pakai labuh bagai ni. Mimpi mati esok eh?"

Aku bila ada orang yang pertikai apa yang seseorang tu pakai memang sensitif beb walaupun bukan aku yang diorang cakap macam tu. Aku kalau orang cakap macam tu depan aku, aku macam woaaa memang kena cucuk lubang hidung guna kaki meja dan tak lupa jugak tazkirah sekali.

Kenapa eh orang selalu cakap macam tu bila tengok someone tu berhijrah. I mean berhijrah menutup aurat dengan lebih sempurna. Dari yang singkat menjadi labuh. Dari yang ketat menjadi longgar. Okay apa. Bukannya dia berhijrah ke arah keburukan. Apahal yang kau tak puas hati tu? Ek eleh aku yang emo lebih haha. Maksud aku kenapa perlu kita pertikai cara pemakaian seseorang tu kalau pemakaian dia dah okay dah tip top. Berjubah atau berpakaian longgar dan labuh, tudung labuh bagai. Yang pakai tak cukup kain tu tak pulak nak dinasihatkan. Astaghfirullahalazim. 

Allah SWT juga berkata :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-nur; ayat 31.


Dah baca tafsiran ayat tu ? Faham dah? Haaa bagus. Seseorang tu pakai baju labuh tudung labuh ada sebab okay. Sebab apa? Sebab nak dapat rahmat Allah. Sebab nak berjaya di dunia akhirat. Sebab nak lindungi diri dari pandangan ajnabi. Sebab memang tertulis dalam quran bahawa kita memang wajib menutup aurat jadi kenapa perlu kita pertikaikan seseorang yang telah berubah dari segi pemakaiannya? Sebaliknya we say alhamdulillah especially pada yang baru berhijrah tu. Say alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hatinya nak tutup aurat dengan sempurna. Takde dah ketat-ketat. Dulu free hair sekarang dah berhijab. Nak lagi bagus siap berpurdah/berniqab. See? Itu hidayah yang Allah berikan kepada dia. Apa kata kita tilik diri kita. Aku ni tutup aurat dengan sempurna ke? Eh pakaian aku ni ketat ke tak? Tudung aku ni dah cukup labuh ke? 

As a girl/woman, tipulah kalau kita tak rimas kalau orang usha kita atas bawah kan apatah lagi kalau lelaki yang duk usha. Rasa macam nak korek mata diorang dan baling jauh-jauh kan? Takyah buat camtu. Ubah diri kita. As a muslimah, kita tahu kan aurat mana yang perlu ditutup. Tutup jelah. Tak susah tapi yang jadi susah tu bila kita tak kuat nak tepis godaan syaitan laknat tu. Hah tu yang jadi susah. Cubalah dan jangan lupa istiqamah. InsyaAllah :)



Assalamualaikum.






















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Saturday 8 February 2014

I MISS YOU...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Hai semua. Agak lama tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry terbaru kan so malam ni tetiba nak mengadap laptop for an hour maybe untuk update blog. Malam ni nak cerita sikit pasal seseorang yang agak penting juga dalam hidup aku sebenarnya selain family, cousins dan kawan-kawan. Walaupun tak dapat feedback apa-apa janji aku puas bercerita kat sini. Dah nama pun blog kan so mestilah kita nak share something happy, sad, and whatever so. Biarlah aku menangis depan laptop sambil tulis entry ni. Bukannya menangis depan orang ramai. Mungkin entry kali ni agak panjang tapi kalau ada yang rajin nak membaca sampai habis, oh I really appreciate that. Hope you're understand what I feel now ;')




Bila tetiba teringatkan dia terus buat hati, jantung, buah pinggang dan semua organ aku menjadi sebak. Okay ayat merepek sikit sebab saja nak kasi mood ceria. Taknak sedih sangat bila teringat pasal ni. Dulu dialah ibarat adik aku, sahabat aku dan semuanyalah. Aku rapat sangat dengan dia dan boleh dikatakan dia sepupu yang paling rapat dengan aku dan sepupu yang paling aku sayang. Apa-apa hal aku share dengan dia dan begitu jugak dia. Walaupun waktu terakhir aku lepak dengan dia ketika aku darjah 6 tapi memori tu tetap kukuh dalam minda aku. Dan sekarang, kalau tak silap aku dan alhamdulillah aku masih belum hilang ingatan lagi, dah dekat 6 tahun dah kitorang lost contact terus. Sejak dia pindah dan ikut mama dia, hubungan kami seolah-olah terputus macam tu je dan dia tak sempat say goodbye pun kat aku. Sedih sangat. 

Dah macam-macam cara aku cari untuk contact dengan dia. Facebook. Twitter. Segala mak nenek laman sosial aku cari dia tapi kesudahannya. Hampeh. Takda sebarang klu untuk aku contact dia sampai one day aku jadi putus asa sebab tak tahu dah cara nak contact dia macam mana lagi. But then, aku hanya berdoa pada Allah S.W.T. agar suatu hari nanti dia temukan aku dengan dia walau macam mana sekalipun. Mungkin sekarang ni phisically berubah la sikit kan sebab last jumpa dulu pun masa darjah 6. Masa tu masing-masing budak hingusan lagi tapi sekarang dah remaja so mana tahu kut makin cantik bila jumpa nanti kan. Haha. Bila duk termenung sorang-sorang, teringat moments aku dengan dia terutama sekali bila aku pergi rumah dia. Sibuk je ajak aku tidur kat rumah dia. Kononnya nak gosip itu ini la. See ! Budak-budak pun dah pandai bergosip uollss tapi itu semua tu alasan dia je untuk bagi aku tidur kat rumah dia. Semua masalah dia, dia akan cari aku dan share everything. Boleh dikatakan once aku berjumpa dengan dia, mesti kecoh je nak gosip itu ini. Kepoh sungguh budak sorang ni. 

I still remember when I was 12 years old and she's 11 years old. Dia muda setahun daripada aku. Kitorang pergi Kelantan dengan family semua. Happy sangat masa tu and we really enjoy that holiday. Sampai masa nak balik Penang, dia sanggup nak naik satu kereta dengan aku sebab dia kata bosan naik kereta dengan ayah dia. Takda geng nak bergurau bertepuk tampar bagai. Padahnya berhimpitlah duk dalam kereta 4 orang kat belakang. Aku, dia, mak dan makcik aku. Macam-macam kami borak masa tu seolah-olah kami dua ja kat situ. Punyalah bising. Tapi sekarang, bila teringat semua tu, boleh menitis air mata berharga aku. Walaupun moments dengan dia semuanya ceria tapi bila teringat dia, terus berubah mood aku. I really miss her so so much. I miss every single moments with her. 

Mesti reader yang rajin baca entry ni tertanya-tanya juga sampai 'dia' yang aku maksudkan tu. Actually she's my lovely cousin. Aku ulang. SHE okay not HE. Orang yang aku teringat dan rindu sangat-sangat tu seorang gadis. Her name is Arisya. Sekarang dia dah tingkatan 5 dah. Oh she's struggle for SPM this year ! 

To my dear sayang, Arisya,

           Walaupun mungkin kau tak baca entry ni dan aku yakin blog ni pun tak pernah wujud dalam hidup kau tapi manalah tahu kan kuasa Allah. Dia nak temukan aku dengan kau melalui sini. It's nothing impossible about that. Aku sangat sangat dan sangat rindukan kau. Maybe sekarang ni kau dah happy kat sana mungkin dengan family baru dan mungkin kau pun dah lupa aku, tapi aku kat sini sentiasa ingatkan kau. Ingat masa yang kita luangkan bersama walaupun tak lama mana pun kan. Aku harap sangat yang kita boleh contact macam dulu balik. Sekarang ni aku dah habis SPM dah dan enjoy masa-masa aku sebelum dapat result nanti. Yeay. Sekarang kau pulak yang nak hadapi SPM tahun ni kan. Good luck sayang for your SPM. Kau pandai. Semoga kau dapat straight A's nanti. Walaupun kau tak baca ni, aku tetap doakan kesejahteraan kau dan aku doakan agar kita dapat bertemu balik. Mesti kau terharu bila baca. Hahaha. Seriously Arisya, aku sangat berharap kau muncul depan mata aku lagi. Aku nak peluk kau erat-erat. Aku nak main rambut kau yang sangat kerinting tu. Aku nak lepak berdua dengan kau. Aku nak usik kau sebab aku suka tengok muka annoying kau tu.  Mudah-mudahan Allah dengar dan perkenankan doa aku untuk bertemu dengan kau. Ameenn :)

















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Tuesday 21 January 2014

BEST CLASSMATES EVER !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Long time not updating this blog. Sorry lama sangat tak letak entry baru dalam blog ni. Last update pun last year punya kan. It's already 2014 now ! Allahuakbar sekejap je masa berlalu. Sekarang dah pertengahan bulan Januari dah and I'm not a school's student anymore. Muahaha. Bila dah tak ke sekolah terus rasa rindu dengan semua kenangan kat sana especially last year when I was a form 5 student. Memang betullah kawan cakap, nanti lepas tamat persekolahan confirm kau akan rindu gila dengan semua kenangan kat sekolah walaupun time sekolah dulu kau tak sabar-sabar nak tamatkan. Yes that's right. Totally right. And yes, I already miss my classmates, 5 Cemerlang. Apalah yang diorang semua buat time cuti ni kan? Ada yang masuk PLKN, ada yang dah kerja dan ada yang menjadi penganggur terhormat di rumah macam aku. Haha. 

When I was form 5 last year, banyak sungguh kenangan dengan kawan-kawan especially with my best buddyz Farah, Yus dan Ecah. Walaupun group kami kecil dan tak riuh-rendah sangat dalam kelas macam geng lain tapi every second we've been together tak pernah sekalipun serius walaupun masing-masing selalu cari pasal. Masing-masing pandai buat something funny. Asal sampai je kat sekolah, ada je masing-masing buat perangai hantu diorang tu untuk menyakat. Alhamdulillah niat nak sekelas dengan Farah time form 5 tercapai jugak. Terpisah kelas selama 1 tahun rasa macam sunyi je but then lepas dapat sekelas dengan dia dalam kelas 5 Cemerlang, it's change. Tak sunyi dah sebab sekelas dengan best friend kan. Walaupun adalah dalam beberapa hari bermasam muka dengan budak-budak tu eventhough pasal perkara kecil je tapi tu sekejap je. Till then, okay balik. Moment paling best bila masuk Biology's lab. Memang macam-macam benda funny we all buat sementara tunggu cikgu masuk untuk mengajar. 

But now, lepas tamat je SPM masing-masing busy dengan hal masing-masing. Takda banyak kesempatan waktu untuk gather macam kat sekolah dulu. Hai ni baru tamat SPM, kalau masing-masing sambung belajar nanti entah bila nak berjumpa lagi kan. Sekarang, dua orang masuk PLKN. Tinggallah aku dengan Farah kat sini. Masing-masing duk kat rumah je kan Farah kan. 

My dear best classmates,
      Walaupun hanya 1 tahun kita jadi classmates sekali dalam kelas yang sama tapi aku rasa macam dah lama berkawan dengan korang. Walaupun hanya 1 tahun kita kawan tapi korang memang best classmate ever sebab Yus dan Farah memang kawan baik aku pun dari dulu. Kalau dengan Farah dan Yus memanglah dah lama berkawan tapi dengan Ecah, last year baru kawan rapat dengan kau, baru aku tau kau pun gila-gila jugak macam kami kan. Memang terbaik. Haha. Even sometimes, masing-masing annoying gila tapi setiap kali kita berjumpa mesti ada je hal lawak yang kita buat kan? Sampai siap buat nama geng lagi kan. ALAF which is stand for Aishah, Linda, Atin and Farah. Nama geng pun macam terbitan novel je tapi korang nak jugak letak nama geng macam tu kan. Suka hatilah kan. Walaupun ada yang tak suka tengok kita happy je tapi kita tak kisah. Asalkan kita 4 orang tahu apa yang kita buat. I really hope our friendship will not end up macam tu je. Harap kita still jadi kawan rapat macam kat sekolah dulu. Nanti insyaallah masing-masing akan sambung belajar kat tempat lain-lain, mudah-mudahan Allah temukan kita lagi macam dulu kan. Guys, don't forget every single moment that we're create together. I love you guys. Take care ;) 






"Friendship in school was the best friendship ever." 









 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^