CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Wednesday 12 December 2012

INSYAALLAH DAN ALHAMDULILLAH :)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

First of all aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih panjangkan umur aku untuk hidup di muka bumi ini. Semua orang boleh berubah kan? Tambah pulak berubahan ke arah kebaikan, lagilah orang lain suka dan yang paling penting Allah lagi suka kan. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga tunaikan harapan aku sendiri yang dah lama aku inginkan walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah aku dapat melawan godaan syaitan dan meneruskan penghijrahan aku dengan sempurna, insyaAllah. Penghijrahan aku bukanlah satu penghijrahan yang besar cuma ia boleh dianggap aku sedang memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, dengan berkat sokongan mama and sahabat yang rapat dengan aku, aku dapat merubah imej walaupun ia tidaklah terlalu ketara sangat. Bukan dari tidak bertudung ke bertudung ya, sebab aku memang dah bertudung tapi kepada yang lebih baik lagi. Insyaallah. InsyaAllah aku akan kekalkan imej aku yang sekarang ni. Maybe ramai yang beranggapan, imej aku sekarang dah okay tapi boleh pulak ada sahabat yang tak bertudung. Yes, mesti ada certain people yang akan fikir macam tu and yes aku masih lagi sedang mencuba sedaya upaya supaya sahabat aku akan terus kekalkan imej bertudung tapi yelah perkara macam ni perlukan masa kan aku yakin korang pun mesti faham dan tolonglah faham. Yes honestly ramai yang pandang serong kepada kami sebab kitorang berkawan, and jadi sahabat tapi sorang bertudung sorang tak. Please faham, aku sendiri pun masih kurang arif tentang cara pemakaian seorang muslimah dan aku sendiri pun sedang cuba memperbaiki diri sendiri. Macam mana kita nak baiki orang lain sedangkan diri sendiri masih belum terurus ? Memang aku nak sangat dia bertudung terus dan aku sedang mencuba mengajak dia ke arah itu. Alhamdulillah, aku tengok dia sekarang pun sedang berjinak-jinak dengan bertudung even masih belum cukup sempurna lagi sebagai seorang muslimah. Yes aku akan terus mencuba untuk bawa dia ke arah muslimah sejati. Hanya Allah s.w.t yang akan membuka pintu hidayah buatnya dan aku hanya mampu mencuba mengajak dan menasihatinya. Guys, tolong doakan aku berjaya untuk mengajak rakan baik aku sendiri berubah ke arah kebaikan ye ? :')









 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^