CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Monday 14 December 2015

I MISS THE OLD YOU...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

It's been along day without updating this blog ~~ Okay. Again. I've failed to start this entry with proper words. I already said right that I failed to write the introduction so yah. Forget it. *lari laju-laju cari makanan*

Hai I'm back ! With stomach fulled with bihun tomyam and I'm ready to start share something with you guys yayyyy !

credit : google

Aku tarik nafas dalam-dalam untuk taip ayat-ayat yang mampu membuatkan air mata aku mengalir dengan sendirinya sebab terlalu sebak bila fikirkan hal itu. Izinkan aku buat ayat puitis sikit walaupun hakikatnya tak menjadi.

I miss the old you.
Aku rindu engkau menasihatiku sebelum engkau pergi ke masijd.
Aku rindu engkau imamkan solat jemaah bersama-sama.
Aku rindu engkau mengajar aku membaca al-quran.
Aku rindu engkau menegurku jika aku lewatkan solat.
Aku rindu engkau mengucup dahiku sebelum engkau keluar ke mana-mana.
Aku rindu engkau mengajak aku makan bersama.
Aku rindu engkau cedokkan makanan untukku.
Aku rindu engkau bertegas ingin membasuh bajuku tanpa disuruh atau dipaksa.
Aku rindu engkau membaca al-quran setiap pagi sebelum subuh.
Aku rindu engkau mengejutkan aku bangun setiap pagi.
Aku rindu engkau menyuruhku buatkan teh atau milo panas untukku.
Katamu, "takmau gula atau susu tau"

Kini semua itu tiada lagi.
Engkau tidak lagi melakukan semua yang engkau pernah lakukan dulu.
Kerana kejadian itu.
Engkau seolah-olah seperti orang yang tidak kukenali.
Tapi engkau masih sama di hatiku.
Masih aku cinta.
Engkau manusia ketiga yang paling aku cinta.
Manusia pertama, Muhammad SAW.
Manusia kedua, mak.
Dan manusia ketiga ialah engkau.

Sungguh aku rindu.
Aku rindu dengan sikapmu yang dulu.
Ayah.
I miss the old you.

Ayah masih hidup. Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya lagi. Terima kasih Allah. Berat ujian ni tapi aku yakin Allah takkan uji jika dia tahu aku tak mampu. Dia tahu aku lebih daripada mampu sebab tu Dia uji aku begini. Dia uji keluarga aku dengan ujian ini. First time I knew that ayah jatuh sakit, seolah-olah macam jasad saja di badan. I can't believe it happened dengan sekelip mata sahaja. Dia bukan jatuh sakit macam strok ke apa tapi sakit yang macam...Allah, yang ni la aku tak mampu nak describe to all people who asked me about ayah that what was actually 'sakit' yang ayah hadapi. Ayah takda sakit yang penyakit semua tu.

But one day mak bagitau aku yang ayah terkena gangguan and that thing seolah-olah macam tak bagi ayah aku untuk makan dan minum. Dan end up dengan susut tubuh badan. Allahuakbar. Kau tahu tak apa perasaan bila kau tak tahu apa yang berlaku dan bila balik rumah tengok keadaan ayah sendiri macam tu. Itulah yang aku rasa. Sebenarnya aku rasa akulah orang terakhir dapat tahu perkara ni. Mak cakap mak takmau kerana hal ni mengganggu prestasi aku sebab masa ni aku kat matrik. Dan ditakdirkan masa musim banjir tahun lepas, pengarah matrikulasi benarkan kami balik untuk 5 hari sebab banjir so dalam hati rasa macam tak sedap semua ada. Then bila sampai rumah dalam pukul 3 pagi aku terus tengok ayah. MasyaAllah. Nak menitis air mata aku tengok keadaan dia tapi aku tahan sebab taknak mak aku tengok aku menangis.

Tengahari tu (Jumaat), macam biasa aku lunch dengan family and yes without him :'( . Masa aku tengah makan kat dapur, ayah pi pastu buka peti sejuk. Dia kata dahaga dan dia minumlah air dalam peti sejuk tu. Mak cakap tulah kali pertama dia minum lepas dalam 2 3 minggu tak makan tak minum langsung. Kau bayang sendiri la macam mana susutnya tubuh badan dengan tak makan tak minum LANGSUNG for couple of weeks. Ayah mai kat aku berdiri sebelah aku pastu aku ajak la mai makan then dia cakap nak minum ja so aku layankan jelah. Lepas aku selesai makan aku pujuk dia makan and alhamdulillah tu la kali pertama dia makan. And yes, air mata aku degil jugak nak keluar sampai aku lari ke bilik air pastu nangis puas-puas. Lepas tu baru pi balik kat ayah dan teman dia makan. Tak banyak pun dia makan. Dalam 2 3 sudu ja tapi aku bersyukur dia makan walaupun sikit.

It takes few months untuk sembuhkan ayah. Ramai dah doktor dan ustaz yang abang dan mak aku ikhtiar. Banyak ubat-ubat dan pelbagai cara untuk berubat ayah. Tapi hasilnya? Zero. Takda perubahan. Tapi abang dengan mak tak pernah putus asa. Depa cuba sedaya upaya ikhtiar sembuhkan ayah. Alhamdulillah makin lama makin baik walaupun tak 100% sembuh. Gangguan tu dah takda dah cuma maybe bagi side effect kat ayah. Sikapnya tak sama lagi macam tu. Tapi yang ajaibnya, walaupun dia dalam keadaan begitu, ayah masih boleh solat. Dia ingat semua rukun solat malah bacaan solat dia masih lancar dulu. Itu yang aku kagum. Kuasa Allah jangan kau pertikaikan.

Dan sekarang, ayah dah lalu makan dan makin berselera. Ayah pun makin berisi dah sekarang ehehe. Kalau dulu dia yang selalu ajak aku untuk makan sekali ataupun paksa aku makan sekali dengan dia sebab dia tak suka makan sorang-sorang hahaha. Sekarang aku pulak ajak dia makan. Temankan dia makan macam dulu. Cuma sekarang dah tak selalu bergurau dengan ayah macam dulu. Ayah banyak termenung. Macam nak bersendirian.

Tapi aku masih bersyukur Allah masih panjangkan umur dia. Aku mohon sangat agar dia dipanjangkan umur dan sembuh dan Allah dengar doa aku weh ! :'D Memula tu aku rasa berat sangat dia bagi ujian macam ni kat aku, kat keluarga aku tapi kami berjaya hadapi dugaan ni. Allah duga tanda Dia sayang. Kami belajar redha dengan apa yang berlaku. Ada hikmah Dia uji macam ni. Banyak sangat hikmah aku nampak daripada ujian ni. Mungkin Dia nak tengok sejauh mana anak-anak ayah akan jaga ayah masa ayah sakit. Sejauh mana anak-anak sabar dengan kerenah ayah dan sekarang aku cuba sedaya upaya untuk sabar menjaga ayah walaupun tak sepanjang masa aku bersama dia sebab aku masih sambung belajar. But i'll try my best to be a good girl for you, ayah. I will :')


credit : google











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Tuesday 3 November 2015

HAI.

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

MID SEM BREAK IS COMING GAISSSS ! Tengah menghitung hari sebenarnya nak balik rumah hahaha. MasyaAllah time flies so fast tapi aku rasa memang dah lama pun aku tak balik rumah hahahaha i miss home so badly. Tapi jangan dilupa, cuti ke tak cuti ke kerja tetap bertimbun. Jangan nak berangan sangat uni life ni relax pastu terlanggar jodoh pastu berputik kisah chenta merpati dua sejoli bagai. Memang tak hokayyyy ! Ni serious talk hahaha walaupun aku masih first year tapi dah bertimbun kerja yang aku kena siapkan. Assignments, lab reports, test, quizes masyaAllah banyak weh.

Tapi itulah student life. Bukan student life namanya kalau kau relax je 24 jam mengadap running man. Then belajar di alam universiti mestilah subject makin susah. Lepas tu sampai satu tahap kau rasa macam ya Allah kenapa susah sangat ni kenapa aku tak boleh catch up langsung untuk satu subject ni. Ada sampai satu tahap aku dah rasa macam nak drop je subject tu tapi alhamdulillah tak hehehehe. Sebab bila aku cakap je nak drop dekat akak aku, dengan semangatnya dia kata JANGAN ! Yelah sebab dah separuh jalan aku belajar pastu yakin ke boleh bawak subject ni sem depan dengan nak hadapnya subject2 lain yang lagi susah? Haaaa amekawww ! Terus aku macam okay aku tak jadilah nak drop tapi dalam masa yang sama aku rasa macam takut sangat takut sangat sangat sangat pointer aku akan teruk kalau aku tak struggle dengan subject ni.

Lepas tu alhamdulillah ada sorang sahabat ni dia punya kata semangat tu masyaAllah superb beb ! She said,

"Hang kena struggle kalau nak teruskan subject ni. You must believe that you can do it and Allah will help you. Yang penting yakin dengan kemampuan sendiri dan jangan mudah mengalah. Takda benda yang senang di dunia ni. Yang penting NIAT BELAJAR BUKAN NAK KEJAR POINTER TAPI NAK CARI REDHA ALLAH."

MasyaAllah. Bila dia kata macam tu terus ada macam something that I can't describe it. Alhamdulillah aku yakin ni salah satu petunjuk Allah nak bagi kat aku untuk aku buat keputusan whether teruskan or drop. Jazakillah sahabat. Uhibbukum fillah.


*entry macam tergantung sikit kan haha but i should end this post cause I've a lot of tasks to do. Till meet again !




Wassalam.












 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Sunday 6 September 2015

NEW CHAPTER OF MY LIFE

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Seriously till now aku masih lemah untuk letak tajuk untuk setiap entry aku dan mulakan introduction bagi setiap entry aku ataupun essay and so on. So I'll just straight to the point la noh. Before that, jazakumullahu khairan khateera to all who read all my posts. Thank you so much walaupun blog ni takdalah dikenali ramai orang pun. Harap setiap entry yang aku post dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk korang.

Alhamdulillah officially I've already be a mahasiswi at Universiti __________. Syukur ya rabb sebab Allah pilih aku menjadi salah seorang pelajar U. Till now I still can't believe that aku ni dah sambung degree this year. Yes, at this age I will continue my studies in Bachelor of ___________. Sorry ada sebab tertentu aku rahsiakan where I'm study and what course I get. Hanya orang-orang tertentu je yang tahu.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semua dah dirancang oleh kekasih abadi kita Allah SWT. Contoh untuk students kan kau dapat belajar kat mana, fakulti apa, coursemate okay ke tak dan semuanya Allah dah set untuk kita. Memanglah sometimes we feel like eh it's not fair la aku taknak pun dapat U ni aku taknak pun dapat course ni bla bla bla padahal mungkin that's the best for you. Apa yang kita rasa perkara tu tak baik untuk kita sebenarnya itulah yang terbaik untuk life kita.

And one more thing that I always keep in my mind bila dah jadi student ni jauh dengan dengan family and everything we must to set up sendiri. Berdikari la kan so memang kena pilih kawan yang baik. Paling penting ! Rajinkanlah diri melekat kat masjid. Walaupun pengalaman aku hanya sekadar pengalaman budak matrikulasi but serious talk kalau hubungan kau dengan Allah tiptop insyaAllah kau jangan risau. Dia confirm aku tolong kau. Kau boleh tengok sendiri apa bezanya life kau bila kau jaga hubungan dengan Allah atau tak. Tak guna kita berjaya dapat 4 flat dapat kerja bagus in future kalau hubungan kita dengan Pencinta kita tak jaga. Sebab kena ingat setinggi mana pun jawatan kita di dunia ni kita tetap seorang hamba kepada-Nya. Dia Maha Berkuasa.

Last words doakan saya berjaya survive dalam uni life ni. Honetly perasaan bercampur baur antara excited and scared. Biasalah semua students alami macam ni. Allah yuftah alaik.

Wallahualam.







 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Wednesday 4 March 2015

LAST UPDATE

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

New entry will updated soon ! Lepas habis sem I update entry bebanyak hokehhhhh.

PSPM just around the corner. Tak sampai dua bulan dah. Tak lama dah. Hope will get flying colour for this last sem at matriculation. 

InsyaAllah. See you soon !












 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

Friday 2 January 2015

KENANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

MasyaAllah dah masuk tahun baru. TAHUN 2015. Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah masih sayangkan diri ini dan diberikan kesempatan untuk terus kekal bernafas hingga ke hari ini. Tahun 2014 sangat mengajar aku erti segala-galanya dan sebenar-benarnya.Tak faham? Meh sini nak explain.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 2014. Ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan ada yang sampai tak tahu nak ungkap macam mana. Kenangan yang pertama agak sedih sikit. Tak dapat pulang ke kampung halaman masa kenduri kahwin putera-putera kesayangan ayahanda dan bonda. Sebabnya masa tu dah start belajar kat kolej matrikulasi. Baru lagi masa tu, baru nak adapt dengan cara pembelajaran kat matrik taht's why mak cakap tak payah baliklah sebab dia risau pelajaran anak dia terabai kalau balik. Okay, turutkan saja. Tapi sempat juga menangis masa call angah pada malam sebelum diorang kahwin. Siapa tak sedih kalau kenduri kahwin for the first time dalam family tengok-tengok sorang ahli keluarga tak cukup. Tapi takpa. Redha saja. Dah lepas dah semua. Alhamdulillah happy family ja diorang semua. Bahagia aku tengok :') . 

Second, tahun 2014 mengajar aku erti kekuasaan Allah. Pelbagai cara Dia duga aku. Alhamdulillah hingga sekarang aku masih mampu menghadapi segala dugaan-Nya sebab aku tahu Dia takkan beri dugaan kepada hamba-Nya di luar kesanggupan hamba-hamba-Nya. Maksudnya kat sini, apa saja dugaan oleh-Nya mesti ada juga jalan penyelesaian, Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Third, tahun 2014 juga mengajar aku erti bersyukur. Selama ni kalau ada buat tak hairan ja malah lagi membazirkan apa yang ada. Tragedi yang sangat dahsyat berlaku pada tahun 2014. Banjir. Banjir besar melanda seluruh negeri Kelantan. Tempat yang selama ni tak pernah-pernah banjir pun banjir. For the first time in life, aku diberi kesempatan merasa sendiri bagaimana kehidupan di sekeliling kawasannya banjir. Dipenuhi air bah. Sesetengah tempat sampai dah tak nampak bumbung rumah dah sebab ditenggelami air. Subhanallah. Kuasa Allah jangan kita pertikaikan. Dia hanya duga kita dengan air ja. Itu pun Allahuakbar sungguh dahsyat. Apatah lagi pada hari kiamat nanti? Dapatkah kita menduga apa yang akan datang seterusnya? Tak. Itu kuasa Allah. Dia saja yang mengetahui. Kita hanya perlu persiapkan diri untuk bertemu dengan-Nya kelak. 

Okay sambung pasal banjir tadi. Jangan ingat kami pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan relax-relax saja. Sebab manusia ni memang tak pernah puas hati. Ada saja yang tidak kena. Itu lumrah. Aku faham. Kami pun terkesan daripada banjir. Alhamdulillah syukur kerana kolej kami selamat daripada banjir sebab duduk di kawasan paling tinggi. Tapi diduga pula dengan ketiadaan bekalan air. Allahuakbar. Jujur cakap susah sangat kalau takda ayaq (longat penang yang membawa maksud air ). Sangat susah. Kau bayang satu je. Macam mana nak buang air besar kalau takda ayaq? Kau selesa? Tipu. Kau takkan selesa. Alhamdulillah sekali lagi, walaupun takda ayaq tapi masih ada sumber air. Sekarang ni memang bergantung pada ayaq bukit. Itulah untuk dibuat basuh baju. Itulah untuk dibuat basuh yang lain-lain. Itulah dibuat untuk mandi. Untuk minum dan ambil wuduk memang guna air mineral la. Alhamdulillah masih ada stok. Meskipun Allah duga dengan kekurangan ni tapi Dia permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah. Sekarang dah lebih kurang seminggu ketiadaan ayaq. Setiap hari balik dari kuliah terus pergi angkut ayaq ke aras 3. Angkut baldi okay. Kau rasa? Penatya, lelahnya, letihnya hanya Allah saja yang tahu. Nak buat macam mana. Kena jugaklah hadapi. 

Walaupun letih sangat-sangat tapi seronok juga sebenarnya. Macam -macam gelagat yang lucu terjadi sepanjang dalam keadaan begini. Ini memang betul-betul mengajar aku erti bersyukur. Erti kerjasama. Erti tolong-menolong. Masa ni la. Kepada sesiapa yang tak pernah hadapi keadaan macam ni, mesti ada juga yang kata, 

"Alah takda air je pun. Boleh je hidup."
"Bajet la dia ni angkut air sampai aras 3 pun merungut."

Dan bla bla bla. Aku malas nak pertikai jenis manusia macam ni. Cuba kau hadapi keadaan ni. Aku jamin dalam sehari pun kau dah tak tahan. Tak sanggup. Tapi inilah yang mengajar kita erti kesyukuran. Serious cakap.

 Adik-beradik pun siap bergurau lagi,

"Lepas ni berketul ah tangan angkut air tiap hari haha."
"Mesti hang sado lepas ni."
"Nanti aku post ayaq bebanyak kat hang hahahahah."

Mereka memberi semangat untuk hadapi dugaan ni. Terima kasih. InsyaAllah walaupun dengan ketiadaaan ayaq ni pembelajaran masih diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah eletrik ada. Sekurang-kurangnya kurang sikit beban. Nampak tak Allah masih sayangkan kita? Dia bukan nak duga teruk-teruk pun. Dia bagi dugaan takda ayaq tapi Dia masih beri kekuatan untuk angkut ayaq tu naik ke bilik. Fikir satu ja. Dugaan yang Allah berikan kepada kita kecil sangat dibandingkan dengan dugaan di negara lain. Negara yang tak pernah cukup dengan bekalan makanan dan sebagainya. Nampak tak Dia sayang ja kita. Kita ni bersyukur tak? Kita sayang Dia tak? Tepuk dada tanya iman.




Stop sini la eh letih nak tulis lagi. Nak turun ambil ayaq lagi. Bye.

Wassalam.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^