CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Tuesday 25 March 2014

Kenapa eh orang selalu cakap...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Eh eleh entah berapa lama dia berubah jadi baik macam tu"
"Alah kau tu sekejap je pakai tudung labuh ni, nanti singkat balik"
"Amboi sejak bila alim pakai stoking bagai ni"
"Eleh nak jadi ustazah pulak pakai labuh-labuh. Meluat aku tengok"
"Alah takyah alim sangatlah pakai handsock stoking bagai"
"Ni apahal tetiba pakai labuh bagai ni. Mimpi mati esok eh?"

Aku bila ada orang yang pertikai apa yang seseorang tu pakai memang sensitif beb walaupun bukan aku yang diorang cakap macam tu. Aku kalau orang cakap macam tu depan aku, aku macam woaaa memang kena cucuk lubang hidung guna kaki meja dan tak lupa jugak tazkirah sekali.

Kenapa eh orang selalu cakap macam tu bila tengok someone tu berhijrah. I mean berhijrah menutup aurat dengan lebih sempurna. Dari yang singkat menjadi labuh. Dari yang ketat menjadi longgar. Okay apa. Bukannya dia berhijrah ke arah keburukan. Apahal yang kau tak puas hati tu? Ek eleh aku yang emo lebih haha. Maksud aku kenapa perlu kita pertikai cara pemakaian seseorang tu kalau pemakaian dia dah okay dah tip top. Berjubah atau berpakaian longgar dan labuh, tudung labuh bagai. Yang pakai tak cukup kain tu tak pulak nak dinasihatkan. Astaghfirullahalazim. 

Allah SWT juga berkata :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-nur; ayat 31.


Dah baca tafsiran ayat tu ? Faham dah? Haaa bagus. Seseorang tu pakai baju labuh tudung labuh ada sebab okay. Sebab apa? Sebab nak dapat rahmat Allah. Sebab nak berjaya di dunia akhirat. Sebab nak lindungi diri dari pandangan ajnabi. Sebab memang tertulis dalam quran bahawa kita memang wajib menutup aurat jadi kenapa perlu kita pertikaikan seseorang yang telah berubah dari segi pemakaiannya? Sebaliknya we say alhamdulillah especially pada yang baru berhijrah tu. Say alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hatinya nak tutup aurat dengan sempurna. Takde dah ketat-ketat. Dulu free hair sekarang dah berhijab. Nak lagi bagus siap berpurdah/berniqab. See? Itu hidayah yang Allah berikan kepada dia. Apa kata kita tilik diri kita. Aku ni tutup aurat dengan sempurna ke? Eh pakaian aku ni ketat ke tak? Tudung aku ni dah cukup labuh ke? 

As a girl/woman, tipulah kalau kita tak rimas kalau orang usha kita atas bawah kan apatah lagi kalau lelaki yang duk usha. Rasa macam nak korek mata diorang dan baling jauh-jauh kan? Takyah buat camtu. Ubah diri kita. As a muslimah, kita tahu kan aurat mana yang perlu ditutup. Tutup jelah. Tak susah tapi yang jadi susah tu bila kita tak kuat nak tepis godaan syaitan laknat tu. Hah tu yang jadi susah. Cubalah dan jangan lupa istiqamah. InsyaAllah :)



Assalamualaikum.






















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^