CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 8 November 2014

BERSYUKUR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ada sebab kenapa menghilang lama dari blog ni. Eleh menyampah baca, biasalah dah nama pun student mestilah sibuk kan sampai tak sempat update blog haha. 

Alhamdulillah tamat sudah semester 1. MasyaAllah nampak tak masa berlalu tersangatlah pantas kan. Tengok waktu solat kat sini (Kelantan) dah la. Maghrib pukul 6.53. Tak sampai pukul 7 dah. Allahurabbi. Pandai-pandai fikir ye. tepuk dada tanya iman. Harini baru selesai exam MUET. MasyaAllah nak menanti saat ini haritu sangat menyeksakan jiwa haha over kan. Bukan menantikan waktu exam sangat sebenarnya tapi menantikan waktu untuk balik cuti sem menjelang tiba. Walaupun cuti lambat dan orang lain dah habis cuti dah ada yang dah nak daftar sem baru dah dan walaupun hanya cuti 2 minggu SAHAJA tapi alhamdulillah bersyukurlah dapat jugak cuti. Kalau tak cuti langsung baru tahu erti penyesalan sebab tak bersyukur sangat. 

Dah tersebut bersyukur ni, nak cakap sikitlah pasal bersyukur ni. Especially kat adik-adik yang tengah SPM lagi kan kan kan? So hakak nak nasihat ceh bukan nasihat la nak bagitau ni nak habaq ni kat hadik-hadik semua ni bukan untuk hadik-hadik ja untuk kawan-kawan semua la ya. 

Baca ni taw jangan tak baca eh. Okay. Lepas kita jawab satu paper exam tu mesti masa keluar dari dewan peperiksaan mesti kawan kita atau kita sendiri yang cakap,

"Eh aku takleh jawab ah tadi"
"Wey demmmmm apa yang baca tak masuk langsung!"
"Ala susah la paper tadi"
"Eh sia-sia ja aku stay up tapi keluar merapu ja hish"
"Sudah la tak berjaya la aku nanti dapat 4 flat/straight A. Jawab pun merapu"

Dan bla bla bla. Kan ada kan yang kata gitu kan ada kannnn. Jangan nak tipu eh sebab kitorang pun pernah buat macam tu dulu tapi alhamdulillah sekarang dah insaf sikit tak cakap macam tu dah hahaha. Okay jom fikir jap. Kenapa perlu cakap macam tu? Tak bersyukur ke sebab Allah dah tolong kita jawab apa yang kita boleh jawab? Katakanlah untuk soalan subjektif tu ada 8. Takkan satu pun kita tak boleh jawab? Adakah semua soalan tu sangat sangat susah sampai kita hantar sebagaimana kita dapat soalan tu? Kosong? Bersih ja? Takkan langsung tak keluar apa yang selama ni kita study? Ada kan. Boleh ja kita jawab walaupun hanya separuh. Kan kan???

Habis tu? Kenapa kita taknak bersyukur dengan apa yang kita boleh jawab tu? Ingat kita boleh jawab sebab diri kita sendiri saja? Sebab apa? Sebab Dia yang tolong ingatkan kita apa yang study malam sebelum exam tu. Dia yang tolong kita agar dapat jawab soalan tu. Kenapa mesti persoalankan yang tak boleh jawab sedangkan soalan yang kita boleh jawab kita tak bersyukur pun kat Dia. Tak berterima kasih pun kat Dia. 

Yang dikatanya susah, takleh jawab itulah kita nak fikir. Tak yakin ka dengan Allah? Tak percaya ka yang Dia pasti akan tolong kita? Mana tahu rezeki kita, walaupun kita jawab sikit ja dan walaupun jawab semua tapi entah betul entah tidak tetiba kita dapat keputusan daebak (hebat). Haa cemana tu? Taknak bersyukur lagi?

So as a conclusion, jangan la terlalu berprasangka buruk sangat. Kita dah cuba usaha semaksima mungkin. Yang selebihnya kerja Allah. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu ditentukan oleh-Nya 
bukan oleh manusia. So kerja kita dah settle jawab exam tu. So next, tawakal jelah pada-Nya. Mana mungkin jika kita berdoa setiap hari setiap waktu setiap saat mohon kejayaan pada-Nya tapi Dia tak bagi. InsyaAllah confirm dapat. Tetap Dia akan bagi. Cuma cepat atau lambat ja. Ingat! Dia saja yang tahu yang terbaik untuk kita. 



YAKIN DAN PERCAYAKAN ALLAH !




Wassalam.














 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^