CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Sunday 24 March 2013

APA ITU 3M ?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kem motivasi Jumaat dan Sabtu yang lepas menemui jalan pengakhirannya. Wah ayat. Banyak info yang aku dapat dalam program tu. Actually that program is more to motivation for us to face on SPM this year. Maaf jika ayat BI aku berterabur. So takda salahnya langsung aku nak share salah satu information yang aku dapat dalam program tu. Actually this info aku dapat faham masa tazkirah maghrib last Friday. 

So, what is 3M actually? Okay nak bagitau la ni. 3M ialah Munasabah. Muhasabah. Muraqabah. Yes I'm sure, absolutely sure you guys mesti dah tahu apa itu munasabah dan muhasabah right? But some of us tak berapa tahu apa itu muraqabah. Never mind. I'll explain later. Let me explain the first M dulu okay.

Munasabah. Ia lebih kepada berfikir secara relevant. Berfikir secara rasional.  Kalau nak buat sesuatu perkara tu kenalah fikir dulu samada ia wajar atau tak. Betul ke apa yang kita buat tu atau sekadar buat je tapi tak tahu betul ke salah. Sometimes kita sering bertindak or doing something tanpa berfikir and then menyesal tak sudah. Am I right? 

Muhasabah. Sebenarnya ia macam refleksi which means that kita renung balik apa yang dah kita lakukan. Kalau tadi munasabah ialah fikir sebelum melakukan sesuatu dan muhasabah pula kita merenung seketika apa yang dah kita buat. Betul ke tak. Ia lebih kurang munasabah la juga. We should always muhasabahkan diri agar kita dapat memperbaiki diri kita sendiri. 

Lastly, M yang dinanti-nantikan. Cewaahhh. Muraqabah. Sebenarnya muraqabah ni maksudnya dekat dengan Allah. Tak kiralah apa yang kita lakukan, di mana kita berada kita perlu mendekatkan diri kita kepada sang pencipta iaitu Allah s.w.t. Yes kita sebagai manusia terkadang leka dengan duniawi sampai kita lupa kepada Allah. MasyaAllah, semoga Dia ampunkan dosa-dosa kita. 

So secara kesimpulannya, bila kita berfikir secara munasabah dan sentiasa bermuhasabah diri, Insyallah sifat muraqabahakan berada dalam diri kita. Beerti kita akan selalu, sentiasa berada dekat di sisi Allah. 



p/s : Semoga apa yang aku share kat korang semua dapat memberi syafaat kepada kita. InsyaAllah.











 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment