CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Thursday 24 January 2013

12 RABIULAWAL 1434

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.



Alhamdulillah once again I've given opportunity to create new entry again. Alhamdulillah juga kita masih bernafas sehingga ke harini. Syukur Ya Allah. Baiklah, harini 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434. And yes korang semua tahu apa erti yang tersirat di sebalik tarikh itu kan? 12 Rabiulawal 1434. Telah lahirnya putera yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Nabi yang kita sanjung tinggi. Nabi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keatas umatnya malah ketika sebelum baginda wafat juga baginda masih sempat menyebut "ummati" "ummati" "ummati". MasyaAllah, begitu baginda sangat mengasihi kita dan adakah kita juga mengasihinya sebagaimana dia mengasihi kita? 

Masih belum terlambat Fatin nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat yang sedang baca entry ini. Sempena hari kelahiran baginda, jom kita memperbanyakkan lagi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tak susah pun kan nak selawat, bukannya panjang sangat pun dan mudahnya kita mendapat pahala dengan hanya berselawat.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang berselawat kepadaku, Allah akan meturunkan 10 rahmat kepadanya."

MasyaAllah, betapa mudahnya kita mendapat rahmat daripada Allah kan? Tipulah kalau kita tak nak rahmat yang diturunkan dari Allah S.W.T. Jadi, marilah kita berselawat ke atas baginda. Mudah-mudahan kita diturunkan rahmat yang melimpah-ruah dan sentiasa diberkati Allah dan Rasul. Aamiin.







 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment