CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Thursday 14 March 2013

MAAF ?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Apa khabar ukhti dan akhi yang sedang membaca? Jazakumullahu khairan khatira. Agak lama aku tak update post baru kan sebab aku baru habis hadap paper exam minggu ni. Alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna. Blog yang sudah berusang lama ni masih punya tuan cuma tuannya saja menghilangkan diri sebentar. Ceh ayat.

p/s : Entry kali ini berunsur karangan. Tiba-tiba datang mood nak menulis. Harap korang tak bosan membaca ;)

MAAF. SORRY. ASSIF. BIANE.  Semua perkataan tu bawa maksud yang sama. Semua orang memang susah nak ungkapkan kata maaf pada orang yang dia buat salah. Mungkin malu untuk minta maaf. Tapi kenapa? Aku pun tertanya-tanya pada diri sendiri yang terkadang malu untuk meminta maaf sedangkan itu adalah salah aku sendiri. Malu? Ya, terkadang memang aku malu untuk minta maaf walaupun kesalahan yang aku lakukan hanya kecil. Tambah lagi bila buat mak dan ayah marah. Dulu memang aku agak kekok untuk minta maaf. Kekok dan segan dan malu dan sebagainyalah. Yang aku buat hanya minta maaf dalam hati. Siapa yang dengar kata maaf tu kalau tak diungkapkan? Terkadang kita sendiri tak perasan bahawa kita sering mengguris perasaan mak ayah, adik-beradik atau kawan-kawan. Walaupun mungkin bukan secara direct, tapi secara sindiran atau gurauan. Memang kita akan kata "alaa aku gurau ja" "aku melawak ja, hang ni sensitif over sangat la". Ada kan yang kata macam tu? Tapi sebenarnya kata-kata tu tak memujuk diorang tapi makin menyakitkan hati. And yes, aku pun terkadang seperti tu. Tapi makin lama aku makin sedar dan jaga percakapan walaupun dengan kawan-kawan. Bergurau boleh tapi perlu bertempat jugak. Kalau bergurau tu melampau sangat, siapa yang tak marah? Siapa yang tak tersinggung apalagi bergurau mengenai perasaan ataupun fizikal. Tapi dengan hanya satu perkataan yang kita ungkap, mungkin ia akan menyejukkan hati orang tu. MAAF. Tak kisahlah 'maaf' itu diungkap dalam pelbagai cara sekalipun tapi jika betul-betul ikhlas kita menyesal dan minta maaf InsyaAllah pasti orang tu akan maafkan kita. Jangan lupa sentiasa berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk meminta maaf. 

MEMAAFKAN. Satu hal lagi selain minta maaf, kita pun kenalah jadi seorang yang pemaaf. Jangan jadi seorang yang pendendam. Memang perit bila ada yang melukakan hati kita samada melalui perkataan ataupun perbuatan. Aku pun terkadang rasa marah sampai susah nak memaafkan seseorang tu. Tapi bila difikirkan balik, buat apa kita nak berdendam? Buat apa kita tak nak maafkan dia? Biarkan saja orang itu mendapat balasannya oleh Allah. Kita sebagai manusia perlu saling memaafkan. Memang agak susah untuk maafkan tambah lagi bila dia buat sesuatu yang paling kita tak suka. Tapi InsyaAllah, jika kita berdoa, mungkin juga kita akan berlembut hati untuk menjadi seorang yang pemaaf. Ahlan wasahlan.













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment