CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Thursday 1 August 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Long time not being here ! Dah rindu dengan belog ni dan saja curi-curi masa kejap update blog. Alhamdulillah dah masuk hari ke-23 kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa dan nak raya dah pun. Allahuakbar cepat sungguh masa berlalu, dengan nak hadapi trial lagi lepas raya ni. 

Lama tak kongsi apa-apa perkara kat sini dan sekarang adalah masanya untuk kongsi pasal ramadan. Maklumlah, sekarang bulan ramadan kan so apa salahnya kita berkongsi ilmu yang kita tahu. Alhamdulillah kita dah masuk ke 10 ramadan yang terakhir dan sedang menanti malam Lailatul Qadar. Yeayyyy ! Cerita pasal Lailatul Qadar, rajin je jari klik website yang menceritakan pasal Lailatul Qadar ni. Meh nak kongsi dengan korang sikit walaupun mungkin semua dah tahu kan apa itu Lalilatul Qadar. 

Sebelum tu, Fatin agak rasa terkilan sebab ada segilintir masyarakat yang tidak ambil peduli pasal ramadan ni dan ada yang tak segan silu menunjukkan bahawa mereka tidak mahu berpuasa. Allahuakbar. Fatin tak nak cakap banyak pasal ni. Semoga orang-orang sebegitu mendapat hidayah daripada Allah SWT. Ingatlah sahabat, sekali kita tidak berpuasa dengan sengaja, selama-lamanya puasa kita tidak diterima walaupun kita berpuasa 2 3 malah 100 tahun sekalipun. MasyaAllah. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama ini diterima Allah. Okay, sebenarnya ada 3 golongan orang yang berpuasa yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali. So what is it?

  •  Awam - Mereka berpuasa tapi hanya menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menahan pandangan, pendengaran, hati, lidah mereka daripada melakukan perkara maksiat. Golongan ni sukar dapat taqwa Allah malah golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga saja.

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ 

Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan,maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya.

 [Hadith shahih riwayat Bukhari]

  • Khawas - puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi golongan ni juga menjaga mata mereka daripada melihat perkara mungkar, menjaga lidah mereka daripada menuturkan perkara-perkara yang haram, menjaga kaki mereka daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat dan menjaga seluruh pancaindera yang lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar. 
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.”  [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]

  • Khassul -  puasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang soleh, para wali dan seumpamanya. Mereka bukan sahaja menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat dan boleh membatalkan puasa tetapi mereka juga menjaga anggota batin daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh menghilangkan pahala puasa. Memanglah golongan ini sukar untuk kita capai tetapi tiada yang mustahil kan?
Alhamdulillah selesai cerita pasal golongan tu, sekarang pasal Lailatul Qadar pula. Kenapa ramai sangat nak memburu malam Lailatul Qadar ni? Apa istimewanya ? Ramai yang mempersoalkan betul tak? Memang semua orang tahu tapi ramaikah yang ingin sekali merebut peluang itu? Ada juga yang membiarkan malam Lalilatul Qadar ini datang dan pergi begitu sahaja. Bayangkan kalau tahun depan kita mungkin tak sempat berburu untuk beribadah, sujud kepada Allah, mohon banyak keampunan dari-Nya, adakah pada masa itu baru kita nak menyesal ?

Istimewanya Lailatul Qadar ialah pada malam inilah Allah SWT menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim dan semua sedia maklum bahawa malam ini merupakan malam yang lebih baik dari 1000 tahun.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

.
‘Malam penuh berkat’ ini ramai para malaikat yang akan turun sebab banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat. Subhanallah. Tidak mahukah kita merebut keberkatan itu? 

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.”


Yang paling penting, pada malam ini dosa yang telah lalu bagi setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar diampunkan oleh Allah SWT. Allahuakbar, marilah kita rebut malam yang penuh barakah ini wahai sahabatku sekalian. 



“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”














      
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment