CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Tuesday 31 July 2012

EXAM !


السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Ada sesiapa rindu aku? Okay now aku dah tak kisah kau rindu aku ke tak sebab ni bukannya sesi rindu-merindu kan. Petang-petang macam ni dengan dahaga macam duduk kat Somalia 2 hari pun masih sempat update blog. Kau ingat senang ke apa update blog tiap-tiap hari? Nak fikir and keluarkan idea yang sangat bernas tu lebih susah daripada nak jawab Addmath tu kau tahu? ;p

Alright, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung bulan Julai bukan penghujung Ramadhan okay, lambat lagi nak sampai penghujung tapi ada yang dah tercedera gara-gara main mercun. Haa, main lagi okay and bakar badan awak tu sekali. See the title for this post today ? EXAM ! Alahai, rasanya baru kelmarin je habis exam PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun) tengok-tengok Exam UP2 pulak menyusul. Jadi, minggu ni had untuk melayari internet tersangatlah terhad and memang takkan ada harapan nak online lagi selagi exam belum habis. Sebab tu, aku nak post something walaupun entry yang tersangat ringkas seperti entry yg kau baca sekarang ni supaya nanti agak lama aku tak bukak blog ni, takdelah bersawang macam setahun tak cuci.

Bila dah dekat nak exam, barulah kalut eh itu tak study lagi, ini tak study lagi and jujur aku cakap aku memang bukan seorang pelajar yang sangat rajin untuk mengulangkaji and selalu study last minute. Bila esok nak exam, barulah start study subjek yang aku anggap agak susah tapi sekarang aku dah cuba prepare lebih awal walaupun aku tahu bagus jugak study last minute. Sebab apa? Sebab bila study last minute laa apa yang kita buat revision tu cepat je ingat, almaklumlah baru je ulangkaji beberapa jam yang lepas kan. Lagi satu, ramai ingat study last minute ni takde apa yang sempat otak kita tangkap apa yang kita baca sebab kalut sangat nak jawab exam, tapi sebenarnya apa yang kita ulangkaji last minute ni la akan keluar exam meskipun tak banyak soalannya.

Jadi, nasihat aku sebelum seminggu nak start exam,

  • Sekarang start ulangkaji dengan buat banyak latihan. Waktu sekarang ni bukan lagi masanya nak baca buku yang tebal2, contohnya Sejarah and Biology *SPM only* sebab memang takkan masuk pun apa yang kita baca tu.
  • Kalau untuk Trial PMR/SPM pulak, try buat soalan-soalan tahun-tahun lepas, manalah tahu banyak soalan yang kita dah pernah buat tetiba keluar time exam nanti kan *aku dah berpengalaman sebegitu okay, time PMR je, SPM belum lagi*
  • Okay ni tersangatlah penting ! Jangan lupa solat ! Kalau study bagai nak rak sekalipun tapi solat and doa kau tak pernah buat, better tak payah buat apa-apa. Nanti sampai sekolah kau merapu je from A to Z. Seeloknya, perbanyakkan solat sunat dhuha.
  • Stop sekejap berfacebook, twitter and BLOGGING ! *arahan ini khas juga untuk aku ;p
  • Kalau nak ajak kawan-kawan buat study group for preparation pun masih sempat lagi. Silakan :)
  • Cuba lebihkan revision subjek yang kita susah nak carry and pentingnya cari TOPIC-TOPIC mana yang kita kurang mahir and lebihkan latihan pada topic tu. *jangan tak buat revision pulak untuk subjek2 senang sbb yang senang tu laa kita akan lupa nanti*
  • Kalau untuk subjek yang perlukan banyak membaca, kita buat mind map or take note yang mana penting. *mesti cikgu akan beritahu topic2 mana masuk*, so take note that !
  • Bila dah buat semua yang di atas tu, insyaallah 97% kita dah ready untuk jawab exam. Sebelum jawb exam, baca doa penerang hati supaya lapang hati kita and tak serabut bila jawab exam. Kalau dah memang tak ingat or tak tahu jawapan apa yg patut kita letak, selawat and bismillah 3 kali dan pilih jawapan yang terbaik. Insyaallah :)
  •  So, bila dah habis je jawab semua paper, kita pasrah je kepada Allah and keep praying semoga jawapan yang kita berikan tu betul. Mudah-mudahan kita dapat result yang terbaik ! :)


 Aku bukannya motivator yang proffesional sangat pun nak kasi tips banyak2. Apa yang aku kasi tu pun, berdasarkan pengalaman and rutin aku bila nak dekat exam ni. So, jangan pulak ikut perangai aku DULU ya, asyik study last minute je. Kesian otak kita kalau kita selalu buat macam tu. Last but not least, selamat maju jaya juga buat semua batch 97 and 95 iaitu student PMR and SPM yang akan menghadapi TRIAL EXAM nanti and termasuklah juga selamat maju jaya untuk aku *aku pun jawab exam juga okay. Bukan kau sorang je !

 Pray for my exam, thank you :D

SAYONARA :)



Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

6 comments: