CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Wednesday 25 July 2012

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, FATIN !



السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Apa khabar si cantik dan si handsome sekalian ! *bangga lettew aku panggil korang macam tu kan* Harini sudah hari ke-5 umat Islam berpuasa and harini juga genap umur saya 16 tahun. Syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi ini hingga ke hari ini. Ni kali pertama birthday aku jatuh pada bulan puasa and I very happy ! Okay, tengok title je eh ulang tahun apa? Bukan anniversary sebab aku masih muda untuk berkahwin. It's mean ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG-16 ! ;D

Memandangkan sekarang bulan puasa so tak boleh laa pergi beli kek petang2 and buat makan-makan time tengahari. Kalau nak makan sangat, tunggu time berbuka nanti. Yelah, takkan nak puasa setengah hari je gara-gara birthday harini? Okay itu memang sengal,haha. Actually, birthday aku sama dengan birthday Ayie. who is him?? Oh yang pasti bukan boyfriend aku ye ! Dia abang angkat kawan aku, nak lebih tepat abang angkat kawan sekelas aku and bestfriend sahabat aku *this sentence makes me like want to kick myself sbb aku pun pening nk baca* Kawan sekelas aku laa maksudnya,habis cerita. *kalau aku bagitau siapa dia from A to Z pun bukannya kau kenal kan :D 

Walaupun birthday di bulan puasa kau ingat boring ke? Eh memang tak la ! Semuanya special je harini sampai terliur tengok mama and kakak masak macam2 padahal time berbuka makan satu jenis makanan je. Okay ni salah satu kes pembaziran tapi dalam keluarga aku takde apa yg akan dibazirkan. Selagi tak habis makanan tu, selagi tu diorang makan. Kau tengok, rasa macam bukan manusia dah. Hihihi.


7:38 PM
Azan berkumandang......... *senyap seketika hormat azan

Alhamdulillah, sudah tiba masanya untuk berbuka puasa ramai-ramai tapi yang sedihnya abang Faiz itew tak balik dari Poli lagi sebab birthday aku hari Rabu and dia balik hari Khamis. Then dengan ketiadaan dia, tempatnya digantikan oleh anak saudara aku. Wah bukan main semangat giler kau tahu nak berbuka dengan kitorang, almaklumlah macam2 ada. Tambah pulak harini birthday ibu dia juga tapi ibu dia sekarang di Ipoh so tak dapat berbuka sekali. Macam-macam terhidang sampai dah tak cukup nak letak kuih-muih sebab meja sederhana besar je. Nak aku sebut hidangannya? Tak payah la kot, nanti terliur sampai melimpah pulak orang yang baca post ni keesokan harinya. *ayat skema.


8:50 PM
Then lepas berbuka and solat maghrib, yeah get ready untuk ke masjid and menunaikan solat Isyak sekaligus solat terawih. Walaupun buat 8 rakaat je sekurang-kurangnya dapat ganjaran pahala daripada yang tak pergi terus kan. Ustaz pun kata, kalau nak solat terawih jangan ikut orang, buat sekadar kita ikhlas melakukannya. Kalau ikhlas setakat 8 je, 8 jelah. Kalau 20 teruskan. Nanti kalau asyik nak ikut orang, dia solat 20 kita pun nak solat 20 rakaat juga, kan sia-sia je sebab kita tak ikhlas macammana nak dapat ganjaran pahala lebih kan? :)


9:45 PM
Selesai solat terawih, terus balik dengan kakak sebab tahun ni dah takde moreh lepas terawih. Then sampai rumah je, yes online kejap untuk update post ni haa sebagai sambungan pagi tadi. Okay mata sudah tak mampu mengadap lappy ni lama-lama sebab dia pun dah bosan tengok aku.


Masih belum terlambat aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam :)








Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^