CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 21 July 2012

RAMADHAN


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku tempuhi dengan sempurna". 

Pejam celik pejam celik *kalau tak celik2 tu tak tahu la* Ramadhan dah muncul. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menambahkan pahala pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Hari ini semua umat Islam di dunia ni berpuasa kecuali girls yang dot dot dot. hehe.. Sebenarnya aku nak update pasal Ramadhan ni semalam tapi memandang banyak hal yang perlu diuruskan *macam pekerja kilang tupperware pulak aku ni kan* and tambah pulak line slow macam siput vavi walaupun kau tak nampak line tu berjalan macam mana.

Okay, memandangkan harini first day kita puasa aku tak nak laa merepek meraban sorang-sorang kat sini. Kang nanti keluar perkataan dot dot dot nanti, terbatal puasa kang. Tengah hari rambang macam ni nafsu makan mesti tengah membuak-buak kan macam gunung berapi nak meletus je. Time bulan puasa macam ni laa kalau boleh setiap iklan yang ditayangkan kat tv, semuanya pasal MAKANAN je. Rasa macam nak baling lesung batu kat tv biar tv tu pecah sebab terliur sangat tengok makanan2 yang ditayangkan.

Bila cakap pasal puasa ni, mesti banyak kenangan kita time bulan Ramadhan kan, tambah-tambah lagi time zaman kita kecik-kecik dulu. Kau ingat kau sorang je ada moment tak puasa zaman kecik? aku pun ada okay ;p Kalau nak tahu kisah aku ponteng puasa zaman dulu *sekarang nak mampus ponteng puasa, ayah aku tibai aku guna besi buruk kat belakang rumah nanti*, just scroll kat bawah and baca senyap-senyap sebab takde masa aku nak duduk sebelah kau and cerita from A to Z.

Kembali ke zaman dahulu.................................. *guna mesin masa Doraemon kejap*

Time tu aku baru je darjah 1, and cuba nak puasa penuh pada hari tu. Dengan semangatnya awal-awal pagi puasa kan, then tetiba bila balik sekolah je rasa haus tu kau jangan cakaplah, rasa macam kau duduk kat somalia 3 hari tanpa minum seteguk air pun. Then bila nafsu nak minum air tu membuak-buak dengan berjalan slow motion terus menuju ke dapur and buka peti sejuk. Wah tengok air kosong dalam peti ais pun dah nampak macam jus epal menari-nari panggil aku untuk minum. Then toleh kiri kanan, okay line clear and terus capai botol air yang besar tu and minum macam tu je, tak sempat dah nak pergi ambil gelas and tuang perlahan-lahan. Lepas minum air tu, fuhh leganya sampai kau rasa macam minum air satu tangki besar kau tahu.

And kisah kedua pulak lagi dahsyat, siap curi-curi makan lagi kau tahu? Haha, tapi time aku kecik-kecik dulu okay, kalau sekarang still macam tu mama dah siap pegang tong gas and bila-bila masa je dia nak lempar tong gas tu kat aku. Okay back to the story, petang tu dah tak tahu nak buat apa time-time puasa macam ni, and terbau aroma yang sangat wangi and tengok mama baru siap masak untuk berbuka nanti. Bila dah tak tahan lagi bau wangi tu aku terus je pergi ke dapur and kebetulan mama nak pergi ambil wudhuk and solat. Lepas tengok je line clear, toleh kiri kanan ada angin je takde orang, terus capai piring and ambil ayam 2 ketul cepat-cepat. Lepas tu lari laju masuk ke dalam bilik macam kena kejar dengan anjing 10 ekor je. Then terus cepat-cepat kunci pintu and say "Fuhh lega hehehe *gelak jahat + lega sebab tak terkantoi*". Bila dah duduk dalam bilik tu terus makan ayam tu and sempat lagi baca bismillah kau tahu. Biasalah budak kecik, baca bismillah tapi bukannya nak insaf and letak ayam tu balik kan, terus je makan. Then lepas kenyang, terus basuh piring tu and letak kat tempat biasa. Lepas tu masuk bilik air and kumur banyak2 kali sampai mulut dah tak berbau ayam. :D

So, setakat ini yang dapat aku bocorkan rahsia zaman aku kecik-kecik dulu. Tu belum kisah main bunga api, terawih and macam-macam lagi kan. Insyaallah esok aku share kisah terawih pulak eh.

Akhir kata,

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF ZAHIR&BATIN,
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.



SAYONARA ^_^











Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^