CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Sunday 5 August 2012

NAK CANTIK ?


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Hai, senyap sebentar tanpa khabar berita sejak dua menjak ni sebab busy buat revision. Almaklumlah, study last minute untuk exam kan. Tadi baru je habis study Biology and disebabkan mengantuk sangat buat revision pasal tu, aku stop kejap and lepak baca novel sebentar. *Kau tengok, masih nak baca novel padahal exam dah nak start esok lusa je lagi, okay nilah pelajar cemerlang ye ;p* Then, baca baca and baca lagi, ada suatu article in this novel yang menarik minat aku, actually novel tu berdasarkan unsur agama sikit and memang best okay ! Want to know what the article is talking about, check this out ! *berterabur habis ayat English aku, ni kena improve English dgn Mr.Middleton ni*

Awak !!! As a girl semua nak cantik kan, tipulah kalau kau nak jadi hodoh. Makcik kantin sekolah aku pun nak jadi cantik jugak okay. Cuba bersyukur sikit dengan apa yang Allah kurniakan kat kita. So, meh sini aku nak share something apa yang aku baca di novel aku ni. *sebenarnya post ni khas buat gadis-gadis di luar sana, tapi kalau lelaki nak baca pun boleh :D


HEY GIRL, NAK JADI LEBIH CANTIK TAK ??
  1. Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata kita, nescaya mata kita akan semakin bening dan jernih. *okay selalu je kita renung crush kan, so no more renung-renung lagi okay, haha. ;D
  2. Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir kita, nescaya akan semakin manis. :)
  3. Gunakan 'pemerah pipi' kita dengan kosmetik yang terbuat daripada rasa malu yang dibuat daripada salon iman.
  4. Pakailah 'sabuh istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Insyaallah :)
  5. Haa, yang ni penting okay ! Rawatlah rambut kita dengan 'selendang islam' yang akan hilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
  6. Hiasilah kedua-dua tangan kita dengan 'gelang tawaduk' dan jari-jari kita dengan 'cincin ukhuwah'.
  7. Sebaik-baiknya kalung kita adalah kalung 'kesucian'
  8. Bersihkanlah wajah kita dengan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat kelak. 


p/s : Jika kita melakukan semua itu, insyaallah kita akan jadi seorang gadis yang sangat cantik dan solehah. Tak perlu nak cari kosmetik mahal-mahal lagi kan. Setakat ni saja yang dapat aku kongsi dengan korang. Hope you enjoy it :D


SAYONARA ^_____^







Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^