CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Sunday 22 July 2012

TERAWIH


السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Harini hari kedua umat Islam berpuasa and alhamdulillah semalam pergi masjid, ramai je manusia-manusia yang mengerjakan ibadah terawih. Semoga sampai hujung bulan ramadhan pun begitu juga,Amin :)

Okay, kelmarin aku dah cerita pasal moment tak puasa zaman kecik-kecik dulu kan, now memandangkan dah selesai solat zuhur and aku pulak bosan tahap gaban dah sekarang ni sebab sis and abang aku takde kat rumah and tinggalkan aku terkapai-kapai sorang-sorang di sini, so blog inilah peneman aku sekarang. Alright, seperti yang dikatakan dalam post yang lepas aku nak share pulak pasal solat terawih time aku sekolah rendah dulu even time sekolah menengah pun aku still pergi solat terawih jugak okay. So, bagi anda yang fikir eh apasal si Fatin ni nak citer pasal moment dia, ada ku kisah? Okay, to a person like that, i want to remember you that this is my blog and I free to wrote whatever I want. Kalau tak berminat, tak payah visit blog saya lagi okay, bye awak :D

Sekali lagi kita kembali ke zaman sekolah rendah............... *guna mesin masa doraemon again

Okay, masa tu aku darjah 5 and still tergolong dalam kategori kanak-kanak ribena eh. Then biasalah dulu kalau solat terawih kemain semangat lagi kau tahu sebab nak jumpa kawan-kawan and solat ramai-ramai. So bila dah sampai kat masjid first sekali cari geng aku untuk solat kejap lagi. Then bila dah jumpa alahai kemain seronok kau macam tak jumpa setahun padahal tiap-tiap hari jumpa kat sekolah sampai jemu asyik tengok orang yang sama je. So, bila semua dah ada, bermulanya solat terawih. Saf kat belakang sekali penuh dengan kitorang je sebab kanak-kanak ribena di saf belakang ye. Biasalah dulu kalau pergi terawih je selalu solat 20 rakaat terus sebab mood rajin kan, so sebelum nak solat tu kitorang siap tulis bilangan rakaat yang dah selesai dibuat atas carpet and mark kat situ *bukan Mark zuckerbeg tu okay and aku tak sure ejaan nama tu betul atau tak, kalau salah harap maaf*
         Then bila tanda tanda and tanda dah sampai ke rakaat yang terakhir. Fuh, bila dah sampai ke rakaat yang last sekali tu, rasa lega and best sangat and tak sabar2 nak pergi morey *pergi makan selepas terawih* pulak. Then habis je solat terus lipat kain telekung and lari laju-laju dengan kengkawan macam nak menang pertandingan marathon. Then sampai je kat dewan, aku and the geng terus duduk bersila dengan sopannya tunggu makanan dihidangkan. Almaklumlah turun awal, so mana sempat semua makanan nak kena hidang kan, ehehe. Bila dah ada makanan kat depan mata, tunggu apa lagi makan jelah. Buat macam tak buka puasa je tadi makan dengan penuh semangat. Bila dah kekenyangan, pergi lepak dengan kengkawan and terus balik. Tapi sekarang bila dah sekolah lain-lain, dah tak mesra macam dulu lagi :'/

Banyak moment terindah and kelakar time kecik-kecik dulu dalam bulan Ramadhan and setiap kali bila kita teringat, mesti kita akan ketawa sendiri kan :))


SAYONARA ^__^








Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^