CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 19 January 2013

RANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih memberiku kesempatan untuk jari-jariku ini berdansa di atas keyboard. Okay tahu la ayat tu agak poyo. 

Mesti kita akan rasa sedih dan bengang dan marah bila rancangan asal tak menjadi kan ? Same goes to me actually. Tipulah kalau kita tak rasa apa-apa bila satu rancangan yang kita rancang dah lama tiba-tiba musnah macam tu je. Sebenarnya, mula-mula tu memang rasa macam nak marah dan mulalah nak salahkan orang lain sebab masa tu syaitan sedang menguasai diri kita bila kita sedang marah. That's why we should istighfar istighar and istighfar bila sedang marah. Bila kita istighfar, syaitan dah menepuk dahi sebab dia gagal nak hasut kita supaya buat perkara yang bukan-bukan. Janganlah risau jika apa yang kita rancang tak menjadi sebab Allah sedang rancang sesuatu yang lagi baik untuk kita. Cuma kita je tak tahu bila rancanganNya itu memberi impak kepada kita. 

"Percayalah, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang."

Fatin bukanlah seorang pendakwah yang mempunyai banyak ilmu itu didakwahkan. Fatin share info macam ni pun berdasarkan pengalaman Fatin sendiri, cara Fatin untuk muhasabah diri. Jika ada sedikit salah silap dalam 'dakwah kecil' Fatin ni, mohon tegur dan perbetulkannya dengan cara yang baik. InsyaAllah, banyak pahalanya kan kalau kita saling membantu orang yang ingin melakukan kebaikan.













 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

2 comments:

  1. follow di sini..em samelah nasib kita
    benda yang dirncg x jd bru2 nie
    mgkn Allah tahu apa yg terbaik wt kita..

    ReplyDelete
  2. Thanks for following me dayah. Yes dan kita kena yakin yang semua ada hikmahnya :)

    ReplyDelete