CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Friday 25 May 2012

I LOVE YOU TEACHER !







ASSALAMUALAIKUM
Mesti ramai yang kerut-kerut dahi and think apa kejadah Fatin ni tetiba cakap 'selamat hari guru'. Hari Guru dah lepas laa wey and yes memang aku tau pun hari guru dah berlalu. 16 Mei kan. *sapa yang kata bukan tu memang nak makan penampar aku okay
Sebenarnya aku nak sangat create satu entry sempena Hari Guru tetapi memandangkan esoknya (17 Mei) aku start exam, spoil kan. Terus je hilang idea and mood nak create entry hari guru and ditambah pulak moment time mama ketuk kepala aku sebab exam nak dekat tapi still ngadap lappy, terus aku tak online selama 2 minggu. Fuyooo, dahsyat tak, haha *semua mesti ready nak tembak aku je kan bila aku buat statement camni and aku pun nak gitau, ADA AKU KESAH?*  Selama 2 minggu tu pulak, asyik ngadap buku je mengalahkan budak nak jawab SPM kot, haha *k ni tipu* Aku tak laa sampai 24 jam buku di sisi. ohh tidak, aku bukan seRAJIN itu untuk mengulangkaji, and that's kelemahan aku. Tapi aku cuba atasi jugak sebab aku tak nak kecewakan mama sebab aku tak dengar kata dia kan. *eh, dari nak citer pasal guru tetiba keluar topic lain, mengapakah?*
Okay, memandangkan sekarang dah start cuti sekolah selama 2 MINGGU ! *shuffle dengan abang sbb happy* So, aku nak buat satu entry buat guru-guru yang mengajarku ketika di sekolah rendah *tengok, betapa skemanya ayat aku kan* and jugak sebab aku belum tamat pengajian di sekolah menengah, so tak laa terlalu banyak kenangan dengan cikgu berbanding di sekolah rendah kan.
Time sekolah rendah, aku paling sayang cikgu BM and BI who is Puan Norsiah and Puan Rahamah. *terus fasih cakap omputih kau tau,haha* Walaupun ada seketika kenangan pahit bersama mereka and kenangan pahit tu mestilah tak lain tak bukan kena rotan kan. Tapi kenangan yang paling aku ingat bila waktu teacher BI suruh kitorang hafal idiom. Then keesokan harinya, bila dia nak tanya, semua kecut perut sebab sesiapa yang tak boleh jawab, bukan kena berdiri atas kerusi sampai balik or kena rotan, tapi kena cubit kat perut okay ! So, bila turn aku kena jawab soalan and tetiba je blur, terus lupa jawapan apa yang aku nak bagi nanti and say dalam hati,
"ADUH, MESTI KENA CUBIT LAGI LA NI"
and yes, memang betul aku kena cubit kau tau. Sakit woo ! Lepas kena tu, terus study sungguh-sungguh in BI sebab tak mau kena cubit lagi bila dia tanya soalan. so, kalau es0k tu ada subjek dia, memang aku akan concentrate sebab tiche tu bila-bila masa je dia nak tanya soalan, tambah pulak kalau student belum ready. And alhamdulillah berkat ajaran dia and 'cubitan berbisa' beliau tu, aku dapat English A and makin berminat bahasa inggeris. Selama ni aku nak speaking pun tunggang terbalik and tak berapa minat tapi setelah aku teng0k kesungguhan tiche ajar aku, aku rasa 'eh, best jugak belajar BI ni, tak laa susah sangat' walaupun kadang-kadang bila ada soalan BI bukannya aku paham pun.haha.
And moment yang second pulak time waktu BM, aku suka jugak sebab bila cikgu Norsiah mula mengajar, aku tak pernah boring and mengantuk. And pernah dua tiga kali atau lebih kut kena rotan sebab tak siap homework atau sebagainya. Nakalkan aku, haha. nama je pengawas, tapi perangai sama macam budak-budak biasa jugak *okay, kutuk diri sendiri kejap ;p* Dah laa bila kena rotan, dia tak guna rotan yang nipis, dia guna pembaris kayu terus kau tau ! Bila turn aku kena rotan, dia siap membebel lagi sebelum kasi rotan. Agaknya, habis satu telemovie kat Astro tu, baru dia stop membebel and mula rotan *harap beliau tak baca*. Agak pedih and bila teng0k je tangan , merah je and sempat melawak, eh tangan aku ada warna favourite laa, MERAH ! Time tu, memang rasa agak menyesal sebab tak siapkan homework. 
Selain cikgu yang aku ceritakan kat atas, cikgu-cikgu yang mengajar subjek lain jugak aku sayang. Aku sayang semuanya sebab semua memberikan kenangan yang berbeza bagiku.hehhe.
*Kepada Guru-guru Yang Mengajarku Di Sekolah Rendah dan Menengah...*
CIKGU, terima kasih kerana tak pernah merungut kalau saya and kawan2 tanya banyak soalan,
CIKGU, terima kasih kerana hukuman yang cikgu berikan kepada saya memberikan pengajaran pada saya untuk tak mengulangi kesalahan yang saya lakukan,
CIKGU, terima kasih kerana terus mendidik saya meskipun kadang-kadang saya bukannya concentrate sangat pun,
CIKGU, terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya dan kawan-kawan yang tak siapkan homework,
CIKGU, terima kasih kerana sanggup tak cuti and buat kelas tambahan semata-mata nak kami berjaya walaupun kami agak bengang sebab kena hadir tusyen time cuti sekolah.
Begitu banyak pengorbananmu kepada kami, CIKGU ! Saya sayang anda semua ! *muah sikit




SAYONARA ^__^


Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment