CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 7 June 2014

EVERYTHING CHANGED

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Allahuakhbar Allah Maha Besar. Fuhh lamanya tak update entry baru dan tak patut digelar blogger lagi dah kalau blog pun tak hupdate haha. Sangat busy sekarang ni eh bukan sangat tapi tersangatlah busy. Bila dah lebih kurang 3 bulan makan tidoq ja kat rumah dan sekarang itu semua sudah berakhir dah. Sekarang masa untuk sambung belajaq balik. Segala apa yang belajar time SPM dulu sipi-sipi ja dalam ingatan hahaha. Alhamdulillah so far pembelajaran kat kolej matrikulasi memanglah tak dinafikan tersangatlah cepat ! Memang first day masuk kuliah takleh nak adapt lagi cara PnP dia. Alhamdulillah finally boleh jugak terima dan sekarang dah masuk seminggu dah pun belajar kat sini yeay. Haha eksaited gila kau padahal baru duk sini 2 minggu. 

Alhamdulillah sepanjang ada kat sini Allah berikan kesihatan. Tak pernah migrain langsung walaupun sini lagi panas terik banding kat rumah. Yelah of course sentiasa rindu family tapi takkan sepanjang masa tak duduk kat rumah so kena cuba juga be independent. Bila dah masuk matrikulasi ni semua dah berbeza. Tak sama macam kat sekolah. Dulu pi sekolah parents hantaq sampai depan pintu pagar. Sekarang tidak lagi ye oh no no no hahaha. Kena berjalan sendiri pi dewan kuliah and agak jauh jugak la dari hostel. Ceh padahal taklah jauh beribu batu pun haha over je. Cara PnP sangat sangat sangat berbeza sampai kadang-kadang rasa payah sangat nak catch up sebab cepat sangat. Tapi takpe ! Ini baru permulaan Fatin oii. Banyak lagi yang nak ditempuhi so take it as a challenge. 

Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat roommate yang sama perangai macam aku. Bising. Kecoh. KUAT MAKAN. Kena highlight okay part tu sebab ia tersangatlah penting bagi aku hahaha. Eventhough one of my roomates is non-muslim but she's respect us a muslim. Alhamdulillah. Plus geng praktikum pun gila-gila jugak kira boleh jadi geng la. Tak pasif sangat. Pensyarah kuliah and tutor are really superb ! Sangat sporting dan sangat membantu walaupun time kuliah kadang-kadang tak sempat nak catch up apa yang diorang ajar. Apapun, alhamdulillah sangat Allah permudahkan segala urusan sepanjang berada kat sini. Alhamdulillah. Ada hikmah Allah tempatkan aku di sini. Ada hikmah aku ditempatkan dalam situasi begini. Aku redha and i'll fight for this. InsyaAllah mudah-mudahan boleh berjaya dalam sem 1 dan sem 2 nanti. Ameen.

Aku kalau nak cari tajuk untuk setiap entry sah sah fail so mintak maaflah kalau tajuk takda kena mengena dengan huraian hahaha k bye. 





Nak berjaya sangat sukar tapi nak gagal sangat mudah. So which one you choose? 








 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment