CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Saturday 8 February 2014

I MISS YOU...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Hai semua. Agak lama tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry terbaru kan so malam ni tetiba nak mengadap laptop for an hour maybe untuk update blog. Malam ni nak cerita sikit pasal seseorang yang agak penting juga dalam hidup aku sebenarnya selain family, cousins dan kawan-kawan. Walaupun tak dapat feedback apa-apa janji aku puas bercerita kat sini. Dah nama pun blog kan so mestilah kita nak share something happy, sad, and whatever so. Biarlah aku menangis depan laptop sambil tulis entry ni. Bukannya menangis depan orang ramai. Mungkin entry kali ni agak panjang tapi kalau ada yang rajin nak membaca sampai habis, oh I really appreciate that. Hope you're understand what I feel now ;')




Bila tetiba teringatkan dia terus buat hati, jantung, buah pinggang dan semua organ aku menjadi sebak. Okay ayat merepek sikit sebab saja nak kasi mood ceria. Taknak sedih sangat bila teringat pasal ni. Dulu dialah ibarat adik aku, sahabat aku dan semuanyalah. Aku rapat sangat dengan dia dan boleh dikatakan dia sepupu yang paling rapat dengan aku dan sepupu yang paling aku sayang. Apa-apa hal aku share dengan dia dan begitu jugak dia. Walaupun waktu terakhir aku lepak dengan dia ketika aku darjah 6 tapi memori tu tetap kukuh dalam minda aku. Dan sekarang, kalau tak silap aku dan alhamdulillah aku masih belum hilang ingatan lagi, dah dekat 6 tahun dah kitorang lost contact terus. Sejak dia pindah dan ikut mama dia, hubungan kami seolah-olah terputus macam tu je dan dia tak sempat say goodbye pun kat aku. Sedih sangat. 

Dah macam-macam cara aku cari untuk contact dengan dia. Facebook. Twitter. Segala mak nenek laman sosial aku cari dia tapi kesudahannya. Hampeh. Takda sebarang klu untuk aku contact dia sampai one day aku jadi putus asa sebab tak tahu dah cara nak contact dia macam mana lagi. But then, aku hanya berdoa pada Allah S.W.T. agar suatu hari nanti dia temukan aku dengan dia walau macam mana sekalipun. Mungkin sekarang ni phisically berubah la sikit kan sebab last jumpa dulu pun masa darjah 6. Masa tu masing-masing budak hingusan lagi tapi sekarang dah remaja so mana tahu kut makin cantik bila jumpa nanti kan. Haha. Bila duk termenung sorang-sorang, teringat moments aku dengan dia terutama sekali bila aku pergi rumah dia. Sibuk je ajak aku tidur kat rumah dia. Kononnya nak gosip itu ini la. See ! Budak-budak pun dah pandai bergosip uollss tapi itu semua tu alasan dia je untuk bagi aku tidur kat rumah dia. Semua masalah dia, dia akan cari aku dan share everything. Boleh dikatakan once aku berjumpa dengan dia, mesti kecoh je nak gosip itu ini. Kepoh sungguh budak sorang ni. 

I still remember when I was 12 years old and she's 11 years old. Dia muda setahun daripada aku. Kitorang pergi Kelantan dengan family semua. Happy sangat masa tu and we really enjoy that holiday. Sampai masa nak balik Penang, dia sanggup nak naik satu kereta dengan aku sebab dia kata bosan naik kereta dengan ayah dia. Takda geng nak bergurau bertepuk tampar bagai. Padahnya berhimpitlah duk dalam kereta 4 orang kat belakang. Aku, dia, mak dan makcik aku. Macam-macam kami borak masa tu seolah-olah kami dua ja kat situ. Punyalah bising. Tapi sekarang, bila teringat semua tu, boleh menitis air mata berharga aku. Walaupun moments dengan dia semuanya ceria tapi bila teringat dia, terus berubah mood aku. I really miss her so so much. I miss every single moments with her. 

Mesti reader yang rajin baca entry ni tertanya-tanya juga sampai 'dia' yang aku maksudkan tu. Actually she's my lovely cousin. Aku ulang. SHE okay not HE. Orang yang aku teringat dan rindu sangat-sangat tu seorang gadis. Her name is Arisya. Sekarang dia dah tingkatan 5 dah. Oh she's struggle for SPM this year ! 

To my dear sayang, Arisya,

           Walaupun mungkin kau tak baca entry ni dan aku yakin blog ni pun tak pernah wujud dalam hidup kau tapi manalah tahu kan kuasa Allah. Dia nak temukan aku dengan kau melalui sini. It's nothing impossible about that. Aku sangat sangat dan sangat rindukan kau. Maybe sekarang ni kau dah happy kat sana mungkin dengan family baru dan mungkin kau pun dah lupa aku, tapi aku kat sini sentiasa ingatkan kau. Ingat masa yang kita luangkan bersama walaupun tak lama mana pun kan. Aku harap sangat yang kita boleh contact macam dulu balik. Sekarang ni aku dah habis SPM dah dan enjoy masa-masa aku sebelum dapat result nanti. Yeay. Sekarang kau pulak yang nak hadapi SPM tahun ni kan. Good luck sayang for your SPM. Kau pandai. Semoga kau dapat straight A's nanti. Walaupun kau tak baca ni, aku tetap doakan kesejahteraan kau dan aku doakan agar kita dapat bertemu balik. Mesti kau terharu bila baca. Hahaha. Seriously Arisya, aku sangat berharap kau muncul depan mata aku lagi. Aku nak peluk kau erat-erat. Aku nak main rambut kau yang sangat kerinting tu. Aku nak lepak berdua dengan kau. Aku nak usik kau sebab aku suka tengok muka annoying kau tu.  Mudah-mudahan Allah dengar dan perkenankan doa aku untuk bertemu dengan kau. Ameenn :)

















 
Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

No comments:

Post a Comment