CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Berusahalah dan sentiasalah mencari cinta dan keredhaan Allah bukannya sibuk mencari cinta manusia."

Thursday 14 June 2012

KAWAN ATAU SAHABAT ?


Assalamualaikum :)

BFF :')

Agak berkurun aku tak update blog. Well, almaklumlah aku kan full-time student, mestilah busy dengan hal-hal sekolah kan.hehe. *ayat cover je tu, padahal memang malas nak update.haha* Hari ni hari Khamis, tapi takde kena mengena sebenarnya dengan apa yang aku nak story morry harini. mueheheehe ;p

Awalnya memang takde idea and tengah fikir topic apa aku nak share dalam blog ni ehh. Ingat ke nak update hari sabtu ni, tapi memandangkan aku free harini sebab homework takde, so bahagia giler sekarang. *menari shuffle sambil makan aiskrim Magnum* haha. 

So, back to the main topic, KAWAN ATAU SAHABAT ? Apakah itu? haaa, itu yang aku nak story sikit pasal tu, tapi aku bukanlah seorang yg pandai buat quotes2 yang sangat awesome macam Aizat Abd and bukan jugak ahli falsafah pasal statement mengenai kawan or sahabat or else. So, sekiranya quotes aku agak tunggang tebalik, harap dimaafkan la yee. haha. Actually, aku dapat idea nak cerita pasal tu pun time waktu Sejarah tadi. Haaa ! Macam takde kena mengenakan, tapi tadi time tengah semangat belajar Sejarah *actually lebih mengantuk dari semangat*  cikgu ada sebut pasal kawan and sahabat and ayat yang paling aku ingat is

"KAWAN SENANG DICARI, TAPI SAHABAT SUKAR DICARI"

and yes, memang betul pun. Even dalam satu dalam seribu pun belum tentu kita dapat cari seorang SAHABAT kan? Memey ah ada yang kata, "Eh, dalam seribu tu boleh apa ada 10 11 orang sahabat" and aku pulak prepare kelapa untuk baling kat kepala orang yg cakap tu. Memang laa mungkin ramai sahabat yang kau akan dapat, tapi aku just buat perumpamaan jelah. ish ish ish..

KAWAN... Kita boleh bagitau kalau semua orang dalam dunia ni kawan kita kan termasuklah kawan di facebook, twitter atau dalam blog pun boley.hehe. Kawan ni bagi aku hanya kawan biasa. Classmate aku pun aku anggap kawan sahaja kecuali bestfriend a.k.a sahabat aku, tu pun ada sorang je yang satu kelas dengan aku. Lagi sorang, stay kat kelas lain.huhu. Kawan berbeza dengan sahabat. Bukan sekadar berbeza ejaan tapi dari segi lain jugak okay. Jujur, kita semua ada ramai kawan kan, tapi seramai mana sahabat kita? Kalau kita nak bandingkan kawan dengan sahabat, of course laa kawan paling ramai berbanding sahabat. Sebagai contoh, classmate aku di kelas. Semua tu kawan aku tapi sahabat aku hanya satu saja dalam kelas tu. See, kawan lebih ramai kan? Sebab susah kita nak cari sahabat pada zaman sekarang ni dan bukan senang juga nak jadi sahabat yang baik. Kawan tak laa serius macam sahabat. Zaman sekarang ni, 'kawan makan kawan' memang banyak kan. Sahabat pun apa kurangnya, ada jugak yang stab back. Tapi alhamdulillah, setakat ni sahabat aku tak pernah melakukan sedemikian. :)

SAHABAT.. Kalau ada yang tanya kita "ehh berapa ramai sahabat kau?" hmm, boleh dikira dengan jari saja kan, dah sikit, takkan kau nak ambil calculator besar gajah nak kira berapa sahabat kau depan orang yang tanya kau tadi tu kan. And memang semua dah tau macam mana nak bezakan mana sahabat, and mana kawan. Sahabat adalah orang yang pertama yang akan kita cari dulu bila kita sedih or happy kan. And tadi cikgu aku ada cakap, sahabat tak sama dengan kawan. Kalau kita gelak, dia gelak tapi kalau kita nangis, dia gelak jugak, memang minta free penampar laa kan and tu bukan sifat seorang sahabat. Seseorang itu akan dipanggil sahabat bukan sekadar dia bersama ketika time happy atau sedih tapi juga always dengan kita even kita kaya atau tak, or famous ke tak famous ke tu lain cerita. Sahabat takkan berkawan hanya kerana kita kaya tapi kerana dia benar2 ikhlas nak berkawan dengan kita and accept us who we are. Bagi aku, sahabat juga ibarat macam adik beradik sebab everything yang kita tahu, semua kita nak share dengan dia dulu kan.  Kalau nak cerita pasal kawan or sahabat, dah tentulah statement pasal sahabat lagi banyak kan. Sahabat juga sebenarnya tempat untuk kita luahkan perasaan yg tak dapat kita luahkan kat kawan biasa sebab kita mestilah akan lebih percayakan sahabat daripada kawan biasa je kan. 

So, kesimpulannya, KAWAN ATAU SAHABAT itu adalah salah satu anugerah daripada Allah s.w.t untuk mengajar kita erti persahabatan dan bagaimana kita kekalkan persahabatan itu sendiri.

And sebelum aku stop entry ini, i want to say something to my SAHABAT , Farah, Erni and Yus, if korang baca entry ni.. Aku nak bagitau korang yang korang adalah sahabat baik aku yang pernah aku ada. Korang accept aku walaupun aku banyak kekurangan but korang tak pandang semua tu. Everyone ada kelemahan and kebaikan tersendiri right. Aku tak pernah tahu erti sahabat sampailah kita jadi kawan and then sahabat. Walaupun kita berkawan baru setahun, tapi chemistry kita kuat kan. Eventhough ada yang tak suka kita bersahabat and maybe kutuk2 kat belakang kita, tapi aku tak kisah and say biarlah kat diorang, janji kita tak kacau diorang kan. So, i always pray that our friendship akan kekal walaupun kita terpisah sebab study kat tempat lain2 or maybe dah kawen kan.haha. Insyaallah :')


" persahabatan tu macam gula2 getah, even ia dah tak rasa manis, ia tetap tidak akan larut "
(Aizat Abd)



Sayonara (^__^)




Terima kasih kerana sudi baca entry ini. Like ye kalau suka ^_^

3 comments:

  1. Nk cari sahabat yg boleh ssh bersama mmg susah..

    ReplyDelete
  2. style r weyhh ingt lagi apa yg cikgu dok terang dalam kelas :p

    ReplyDelete
  3. Diela : haha, yg tu ja yg aku ingat pun ;p

    ejulz : you're right. zaman skrg jarang ada yg ikhlas dgn kita :)

    ReplyDelete